SEJUMLAH 4.6 juta pelawat tiba di Singapura pada suku pertama tahun ini - meningkat 7.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Bagaimanapun, perbelanjaan pelancong susut 0.5 peratus kepada $6.7 bilion ekoran perbelanjaan lebih rendah dalam bidang seperti beli-belah (-9 peratus), penginapan (-13 peratus) serta makanan dan minuman (-16 peratus).