ACARA MENANDATANGANI KONVENSYEN SINGAPURA
46 negara tandatangani Konvensyen S'pura mengenai pengantaraan
Aug 08, 2019 | 05:30 AM
SEBANYAK 46 negara termasuk Amerika Syarikat dan China menandatangani Konvensyen Singapura mengenai Pengantaraan semalam - hari ia dibuka untuk ditandatangani.
Perjanjian yang juga dikenali sebagai Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Persetujuan Huraian Antarabangsa Selepas Pengantaraan itu akan menyediakan rangka penguatkuasaan perjanjian huraian pengantaraan yang merentas sempadan, lapor The Straits Times.