Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

46 negara tandatangani perjanjian pengantaraan antarabangsa yang dinamakan sempena nama Singapura

Aug 07, 2019 | 03:00 PM



SERAMAI 46 negara telah menandatangani Konvensyen Singapura mengenai Pengantaraan pada hari ini (7 Ogos) di Singapura.



Amerika Syarikat dan China merupakan antara mereka yang pertama menandatangani perjanjian itu - juga dikenali sebagai Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Terhasil daripada Pengantaraan - yang akan menyediakan penguatkuasaan perjanjian penyelesaian pengantaraan di seluruh negara.



Singapura adalah negara pertama yang menandatangani perjanjian itu, yang diwakili oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.



Gergasi ekonomi Asia, India dan Korea Selatan juga telah menandatangani perjanjian itu. Negara-negara yang telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian itu harus memastikan perjanjian penyelesaian komersil antarabangsa dikuatkuasakan oleh mahkamah masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >