Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

460 kamera, sensor akan dipasang di Pusat Pelayaran Marina Bay

Sep 04, 2018 | 05:11 PM



DENGAN jumlah pengunjung di Pusat Pelayaran Marina Bay (MBCC) dijangka melebihi 1 juta pada tahun kewangan ini, lebih banyak langkah diambil untuk mengelak kemungkinan berlakunya kesesakan dengan memanfaatkan teknologi bijak.



Menurut laporan The Straits Times, menjelang September 2019, sebanyak 460 kamera akan dipasang di MBCC. Kamera tersebut mampu mengambil sebanyak 750 imej dalam satu saat.



Sensor juga akan dipasang di lokasi utama seperti di kawasan pendaftaran masuk dan bagasi.



Dengan meningkatnya jumlah penumpang, terminal pelayaran itu akan menggunakan teknologi seperti sains data, analisis video dan ramalan kecerdasan buatan bagi meningkatkan operasi.



"Kami merasakan perlu untuk bersikap proaktif untuk mengelak berlakunya kesesakan yang mungkin berlaku, dan mengambil langkah untuk memastikan pengalaman penumpang tidak terjejas," kata ketua eksekutif Sats-Creuers Lionel Wong. Sats-Creuers mengendalikan operasi terminal tersebut.



Kamera dan sensor akan menyediakan pemantauan masa-sebenar keadaan trafik dan jumlah penumpang, membolehkan kakitangan mengawasi operasi serta mengesan kesesakan, jika ada, tambah beliau.



MBCC mula beroperasi sejak pembukaannya pada 2012.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >