Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4,600 penduduk rumah sewa jadi pemilik flat HDB sendiri dalam tempoh 5 tahun

HDB
Feb 08, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 4,600 penduduk rumah sewa awam telah berpindah ke flat milik mereka sendiri dalam tempoh lima tahun kebelakangan dari 2016 hingga 2020.



Ini dapat dilakukan dengan pelbagai skim dan geran Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang tersedia.



Ini termasuk Geran Perumahan CPF Tambahan (AHG) dan Geran Perumahan CPF Khas (SHG), masing-masing sebanyak $40,000, serta Geran Perumahan CPF Dipertingkat (EHG) sehingga $80,000.



HDB berkata tiga suku daripada 4,600 penduduk itu telah membeli rumah daripadanya sementara lagi seperempat membeli rumah jualan semula.



Majoriti yang membeli rumah telah membeli flat tiga atau empat bilik, dengan lebih separuh membeli flat tiga bilik dan sekitar seperempat membeli flat empat bilik.



Antara mereka yang telah berjaya memiliki flat sendiri ialah Encik Jumali Rebin, yang sudah hampir sedekad tinggal di flat sewa dua bilik di Punggol.



Encik Jumali, 43 tahun, isterinya dan lima anak mereka baru-baru ini berpindah ke flat empat bilik mereka yang juga terletak di Punggol, setelah mendapatkan nasihat daripada pegawai Pasukan Sokongan Pemilikan Rumah (HST) pada Februari tahun lalu.



Ditanya bagaimana perasaannya menetap di flat sendiri yang lebih besar sejak bulan lalu, Encik Jumali berkata:



"Memang hebat dan kami pun dah mula selesa dengan rumah ini sejauh ini.



"Kami telah melalui perjalanan yang jauh daripada tinggal di flat sewa dua bilik kepada sekarang di mana kami mempunyai rumah sendiri."



Beliau menambah kebahagiaan yang dirasa tatkala menerima kunci rumahnya itu tidak terkata dan ia "sesuatu yang telah kami impikan sekian lama".



Ketika menelefon HDB berkaitan pembelian rumah, Encik Jumali berkata beliau telah dirujuk kepada HST, yang banyak membantu dalam membimbing beliau dan isteri tentang keseluruhan proses pembelian flat.



"Pada awalnya kami agak ragu-ragu juga sama ada mampu membeli flat empat bilik tetapi setelah membuat perkiraan dan bajet dengan HST, kami gembira mendapat tahu bahawa kami sebenarnya mampu melakukannya," ujar beliau.



HST, yang ditubuhkan pada 2019, bertujuan membimbing isi rumah sewa, terutama yang mempunyai anak-anak dalam perjalanan mereka memiliki rumah sendiri.



Ia membantu mereka membuat rancangan terperinci, termasuk meneliti keadaan keluarga dan menjelaskan dasar-dasar perumahan, geran serta skim bantuan yang tersedia.



Menjelang 2023, HST menyasarkan mencapai 1,000 isi rumah sewa yang telah dinilai pada tahap awal mempunyai potensi dan bersedia membeli flat mereka sendiri.



Sejauh ini, ia telah mendekati 654 isi rumah sewa.



Daripada bilangan tersebut, lapan peratus sudah menempah flat dan 27 peratus dijangka bersedia memohon bagi flat mereka sendiri dalam satu atua dua tahun akan datang, kata HDB.



Laporan lanjut: Impian miliki rumah sendiri tercapai




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >