Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

47 masjid adakan satu sesi tambahan solat Jumaat bermula 17 Julai

Jul 10, 2020 | 03:47 PM



SEBANYAK 47 masjid akan mengadakan satu sesi tambahan untuk solat Jumaat bermula 17 Julai.



Ini bermakna mereka akan menawarkan sesi bermula jam 1 petang, 2 petang dan 3 petang, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataan pada Jumaat.



Muis berkata, langkah penambahan itu boleh dibuat hasil kerjasama masyarakat sepanjang tiga minggu lalu sejak solat berjemaah di masjid-masjid dibenarkan, sejajar dengan langkah pemerintah mengeluarkan garis pandu untuk penyambungan semula ibadah berjemaah di

semua tempat-tempat ibadah untuk Fasa 2 (Peralihan Selamat) di dalam tempoh pandemik COVID-19. 



"Sepanjang tiga minggu lalu, Muis mendapati para jemaah telah sama-sama melakukan ibadah dengan penuh tanggungjawab dengan mematuhi segala peraturan keselamatan di masjid. Masjid-masjid juga dapat menjalankan sistem keselamatan dengan berkesan, dan solat jemaah dan solat Jumaat berjalan dengan teratur," kata Muis.



Sementara itu, 17 masjid lain akan terus mengadakan 2 sesi solat Jumaat seperti biasa.



Menurut Muis, penambahan tersebut adalah peningkatan sebanyak 35 peratus bagi jumlah ruang yang tersedia untuk solat Jumaat.



Muis juga telah membuat pembaikan kepada sistem pendaftaran ruang solat di masjid, berdasarkan pengalaman dalam tiga minggu pertama serta maklum balas dari para pengguna.



Sistem ini kini mempermudahkan jemaah mencari ruang-ruang yang masih ada di masjid, dan juga mempunyai pautan untuk memastikan tempahan mereka telah diterima dengan rasmi.



Orang ramai boleh menggunakan sistem yang diperbaiki ini bermula jam 10 pagi Selasa 14 Julai 2020, untuk membuat tempahan bagi solat Jumaat pada 17 Julai 2020.



Sistem tersebut boleh didapati di https://ourmosques.commonspaces.sg dan juga melalui aplikasi MuslimSG.



SENARAI PENUH MASJID YANG ADAKAN TIGA SOLAT JUMAAT



TIMUR



1. Masjid Abdul Aleem Siddique

2. Masjid Al Abdul Razak

3. Masjid Al-Ansar

4. Masjid Al-Islah

5. Masjid Al-Istighfar

6. Masjid Alkaff Kampung Melayu

7. Masjid Al-Mawaddah

8. Masjid Al-Taqua

9. Masjid Darul Aman

10. Masjid Darul Ghufran

11. Masjid Kampung Siglap

12. Masjid Kassim

13. Masjid Khalid

14. Masjid Wak Tanjong



UTARA

15. Masjid Abdul Hamid (Kg Pasiran)

16. Masjid Ahmad Ibrahim

17. Masjid Al-Istiqamah

18. Masjid Al-Muttaqin

19. Masjid An-Nahdhah

20. Masjid An-Nur

21. Masjid Assyafaah

22. Masjid Darul Makmur

23. Masjid En-Naeem

24. Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau

25. Masjid Muhajirin

26. Masjid Yusof Ishak



SELATAN

27. Masjid Al-Amin

28. Masjid Al-Falah

29. Masjid Angullia

30. Masjid Haji Muhammad Salleh (Palmer)

31. Masjid Jamek Queenstown

32. Masjid Jamiyah Ar-Rabitah

33. Masjid Kampong Delta

34. Masjid Malabar

35. Masjid Mujahidin

36. Masjid Sultan



BARAT

37. Masjid Ahmad Ibrahim

38. Masjid Al-Firdaus

39. Masjid Al-Huda

40. Masjid Al-Iman

41. Masjid Al-Khair

42. Masjid Al-Mukminin

43. Masjid Ar-Raudhah

44. Masjid Assyakirin

45. Masjid Darussalam

46. Masjid Hasanah

47. Masjid Maarof





SENARAI MASJID YANG MENGADAKAN DUA SESI JUMAAT



TIMUR

1. Masjid Haji Mohd Salleh (Geylang)

2. Masjid Khadijah 

3. Masjid Mydin 

4. Masjid Sallim Mattar 



UTARA

5. Masjid Alkaff (Upper Serangoon)

6. Masjid Haji Yusoff

7. Masjid Omar Salmah 

8. Masjid Petempatan Melayu Sembawang



SELATAN

9. Masjid Al-Abrar

10. Masjid Hajjah Fatimah

11. Masjid Jamae (Chulia)

12. Masjid Moulana Mohd Ali

13. Masjid Omar Kampong Melaka

14. Masjid Tasek Utara



BARAT

15. Masjid Hang Jebat

16. Masjid Hussein Sulaiman

17. Masjid Pusara Aman




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >