Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4,800 keluarga terima daging korban JKMS

Aug 01, 2021 | 05:30 AM



LEBIH daripada 4,800 keluarga di sini akan dapat menikmati agihan daging korban tahun ini oleh Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS).



Sebanyak 51 masjid di Singapura telah mengambil bahagian dalam ibadah korban yang disesuaikan untuk masyarakat Islam di sini.



Mulai semalam hingga 15 Ogos ini, JKMS akan menyelaraskan penghantaran daging korban kepada penerima zakat dan juga keluarga yang telah dikenal pasti di bawah program bantuan khusus dari pelbagai pertubuhan.



Penghantaran akan mengikuti prosedur selaras aturan Covid-19.



Para penerima agihan itu adalah daripada pertubuhan Fitrah, Khidmat Kaunseling Muslim (MCS), Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF), Angkatan Karyawan Islam (AMP), Peralihan Jamiyah Pertapis, Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Rumah Peralihan Jamiyah, Yayasan Mendaki dan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).



Semalam, acara ini dirasmikan oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang turut membantu mengagihkan bungkusan daging kepada benefisiari di Woodlands.



Dr Faishal melahirkan perasaan gembira melihat badan-badan Melayu/Islam berganding bahu untuk membantu mereka yang memerlukan di tengah-tengah keadaan yang mencabar ini.



"Pada hari ini, dalam pentadbiran ibadah korban, semua telah turun ke padang untuk bersama-sama untuk menceriakan hari raya keluarga yang memerlukan.



"Ini mengukuhkan lagi proses bagaimana kita mengambil berat tentang keluarga-keluarga ini.



"Kita sama-sama akan terus memberi mereka sokongan dan memberitahu bahawa mereka tidak usah khuatir kerana kami ada bersama dengan mereka," ujarnya sambil menambah sekitar 60 peratus benefisiari yang menerima daging korban dalam inisiatif ini bukan penerima zakat.



Mengikuti tema Korban 2021, 'Memancarkan Semangat dan Kepedulian', JKMS telah menggerakkan 'befrienders' dan sukarelawan masjid untuk mengagihkan daging Korban yang disumbangkan mengikuti langkah pengurusan yang selamat.



Mengulas mengenai pengagihan ini, Encik Juraiman Rahim, Naib Pengerusi JKMS bagi korban 2021, berkata meskipun terdapat kegenjotan pengagihan daging korban sebelum ini di mana sekitar 200 keluarga terjejas, semua telah kembali lancar.



"Dengan sokongan masyarakat Islam Singapura dan juga masjid-masjid, tahun ini, kami dapat luaskan keceriaan ibadah korban selain daripada penerima zakat .



"Kami telah bekerjasama bersama agensi-agensi lain seperti Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan juga Fitrah bagi golongan banduan dan bekas pesalah serta Rahmatan Lil Alamin (RLA) bagi golongan pekerja asing.



"Kerjasama ini membolehkan kita memberi keceriaan kepada golongan terjejas pandemik tahun ini," kata beliau yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif Masjid Al-Istiqamah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >