Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

482 keluarga 'lulus' KelasMateMatika anjuran Mendaki

Jun 28, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 482 keluarga menerima sijil penyelesaian masing-masing semasa majlis tamat pengajian KelasMateMatika@CC (KMM@CC) yang diadakan secara dalam talian semalam.



Sijil tersebut diberikan kepada keluarga yang berjaya menyelesaikan program KMM@CC dan eKMM antara Oktober 2020 dengan April tahun ini.



Program itu bertujuan melengkapkan ibu bapa dengan kemahiran membantu pembelajaran anak mereka dalam konsep numerasi asas.



Majlis tamat pengajian maya yang diadakan semalam disertai Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Dalam ucapan pembukaannya, Dr Faishal memuji ibu bapa yang terlibat kerana mengambil langkah-langkah untuk mempelajari ilmu yang dapat membantu pembelajaran dan pembangunan anak-anak mereka.



"KMM merupakan salah satu inisiatif yang diperkenal Mendaki di bawah M³ (M Kuasa Tiga) untuk menyokong dan memperkasa anda dalam aspek ini, serta memperdalam ikatan kekeluargaan menerusi aktiviti yang dilakukan di bilik darjah dan di rumah," kata beliau.



Dr Faishal turut menggalak ibu bapa menyertakan anak-anak mereka dalam prasekolah awal agar mereka dapat menerima dan meraih manfaat daripada pendidikan prasekolah selama sekurang-kurangnya tiga tahun.



Ini akan lebih mengukuhkan asas pembacaan dan numerasi anak-anak mereka dan mempersiapkan mereka melangkah ke Darjah Satu, tambahnya.



Tahun ini, antara Januari dengan April 2021, sebanyak 31 KMM@CC dan eKMM berjaya dijalankan, melibatkan 1,641 ibu bapa dan kanak-kanak.



Encik Muhammad Nasruddin dan Cik Diana Othman serta anak-anak mereka, kembar Lara Ariana dan Aura Ariana, empat tahun, merupakan antara peserta yang telah mengambil bahagian dalam eKMM pada Mac lalu.



"Kami mendaftarkan anak kembar kami di eKMM untuk memperkenalkan matematik kepada mereka dan membuat mereka menyukai subjek ini.



"Melalui aktiviti dan tips yang diberikan fasilitator kami, saya dan isteri mempelajari pendekatan-pendekatan berbeza yang boleh digunakan untuk menjadikan pembelajaran matematik menarik bagi anak-anak kami.



"Mereka juga belajar menggunakan konsep yang diajar pada benda-benda yang kami sudah miliki di rumah seperti lidi aiskrim dan lego untuk membantu mereka membangunkan kemahiran kira-kira, menyusun dan membuat corak," kata Encik Muhammad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >