Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4,916 ditangkap atas kesalahan e-rokok tahun lalu: HSA

Jan 25, 2023 | 05:30 AM



BILANGAN mereka yang ditangkap akibat vaping atau e-rokok terus meningkat tahun lalu berdasarkan angka terkini Penguasa Sains Kesihatan (HSA).



Seramai 4,916 orang telah ditangkap atas kesalahan itu, yang dikenakan denda tidak melebihi $2,000. Ini berbanding 1,266 pada 2020 dan 4,697 pada 2021.



Tinjauan merokok dan vape oleh firma kajian Milieu Insight pada September 2022 juga menunjukkan vape yang dilarang semakin meningkat di Singapura, dengan 4.3 peratus orang dewasa menggunakan produk alternatif seperti vape.



Ini adalah peningkatan 10 peratus daripada 3.9 peratus pada September 2021, dan peningkatan 43 peratus daripada 3 peratus pada suku pertama 2021.



E-rokok dilarang di sini sejak 1 Februari 2018 tetapi kepopularannya semakin meningkat di Singapura sejak sekatan gerakan akibat Covid-19 pada 2020 di sebalik penggunaan rokok yang berkurangan di dunia.



Ia boleh dibeli dan dijual di Internet, dalam media sosial dan menggunakan aplikasi mesej privet, menurut laporan The Straits Times (ST).



Seorang guru yang tidak mahu dinamakan berkata: "Mereka (pelajar sekolah rendah) menyatakan mereka mengambil e-rokok dimiliki ibu bapa atau abang mereka yang merokok dan menggunakan vape. Saya mempunyai pelajar yang membeli vape dari pelajar sekolah menengah. Saya juga pernah menasihati seorang pelajar perempuan yang merupakan penjual vape.''



Kementerian Pendidikan (MOE) menyatakan pada Oktober 2021 bahawa pelajar yang ditangkap merokok dan menggunakan e-rokok kekal rendah pada purata tujuh dari setiap 1,000 pelajar sejak tiga tahun sebelum itu.



Beberapa laman yang mempunyai nombor telefon Malaysia menjual pakej vape bermula dari harga $30.



Beberapa laman juga menjaja gula-gula gummy bear yang diselit dadah kanabis, pembungkus ganja dan minyak ganja.



Jurucakap HSA berkongsi bahawa pihak berkuasa menjalankan pengawasan ke atas premis runcit, platform media sosial dan aplikasi mesej yang disyaki menjaja e-rokok.



Ia juga bekerjasama dengan platform dalam talian seperti Instagram, Facebook dan Carousell untuk mengeluarkan pos produk berkaitan tembakau.



Biro Narkotik Pusat (CNB) juga menjalankan pengawasan dalam talian secara aktif dan melibatkan syarikat e-dagang, syarikat penghantaran dan industri berkaitan dengan rapat untuk memastikan platform dan penyenaraian mereka tidak disalah guna untuk kesalahan dadah.



Jurucakap CNB berkata beberapa alat penguap mungkin dipasarkan sebagai "produk kesihatan" tetapi mengandungi derivatif ganja, yang merupakan bahan terkawal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >