Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

493 pelajar madrasah cemerlang diiktiraf

Jun 02, 2017 | 05:30 AM



HENDAK seribu daya, tidak hendak seribu dalih.



Dalam mengecapi kejayaan, Nazifah Mursyidah Nasir, 16 tahun, melalui pelbagai cabaran, termasuk tinggal di flat tiga bilik bersama ibu bapa dan lima adik-beradiknya.



Namun, pelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabiah itu tidak sama sekali menjadikan keadaan itu penghambat bagi mencapai kejayaan dalam pelajaran.



Usaha dan disiplin Nazifah membawa ganjaran apabila dia mendapat bukan satu tetapi dua anugerah dalam majlis Anugerah Pelajar Madrasah (MSA), yang diadakan julung-julung kalinya semalam oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi mengiktiraf pencapaian pelajar madrasah.



Nazifah bersama 492 lagi pelajar daripada enam madrasah sepenuh masa, dari peringkat rendah, menengah dan prauniversiti, hadir di majlis di Max Atria itu.



Pelajar menerima anugerah dalam empat kategori, iaitu Anugerah Mata Pelajaran Sekular, Anugerah Mata Pelajaran Ukhrawi, Anugerah Kemajuan Mata Pelajaran Sekular dan Anugerah Kemajuan Mata Pelajaran Ukhrawi.



Secara keseluruhan, 627 anugerah diberi dan seramai 125 pelajar menerima lebih daripada satu anugerah.



Mereka diberi sijil serta wang tunai $200 hingga $400 seorang bergantung pada peringkat pembelajaran.



Tetamu terhormat majlis itu ialah Menteri Perhubungan dan Penerangan, yang juga Menteri Bertanggungjawab Keselamatan Siber dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.



Nazifah menerima Anugerah Matapelajaran Sekular dan Anugerah Matapelajaran Ukhrawi.



Berkongsi rahsia kejayaannya, Nazifah berkata untuk belajar dalam persekitaran sunyi setiap malam di rumah, dia akan tidur pada 8 malam dan bangun pada 12 pagi untuk mengulang kaji pelajarannya.



"Saya berkongsi bilik bersama dua kakak saya. Kadangkala saya dimarahi mereka kerana menggunakan lampu dan menggangu mereka, namun saya tidak banyak pilihan.



"Apabila saya belajar lewat malam, saya tidak akan mendapat gangguan daripada media sosial kerana rakan-rakan saya sudah tidur.



"Oleh itu, saya harus bijak mengatur masa supaya dapat belajar dengan lebih berkesan," katanya, yang bakal menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O' tahun ini.



Nazifah juga penerima Anugerah Prestasi Skim Bantuan Dana Kemajuan Madrasah (Promas) yang diberi Muis, selama empat tahun berturut-turut sejak 2013.



"Bagi memastikan saya konisten dalam pelajaran, saya sentiasa mengingatkan diri saya agar mengutamakan pelajaran dalam apa situasi," ujarnya.



Dr Yaacob berkata kepada media hakikat 125 pelajar menerima lebih daripada satu anugerah menunjukkan bahawa jika masyarakat memberi insentif dan sokongan betul, pelajar boleh terus melakukan yang terbaik.



"Ini hanyalah permulaan bagi sokongan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan pemerintah bagi memastikan pelajar madrasah terus berjaya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >