Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

$4b ditokok pencarum ke akaun CPF setakat tahun ini

Jumlah yang lakukannya pertama kali tambah seganda kepada lebih 127,000 orang
Dec 02, 2021 | 05:30 AM



JUMLAH tokokan yang dibuat oleh pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) ke akaun CPF mereka telah melepasi $4 bilion setakat tahun ini, mengatasi rekod $3 bilion tahun lalu.



Lebih 220,000 pencarum melakukan tokokan itu di bawah Skim Tokokan Jumlah Persaraan (RSTU) hingga bulan lepas, kata Lembaga CPF dalam satu kenyataan semalam.



Dalam kalangan pencarum CPF yang membuat tokokan untuk diri sendiri atau orang tersayang itu, lebih separuh, atau lebih 127,000, adalah orang yang melakukannya buat pertama kali, menurut kenyataan itu.



"Jumlah mereka yang melakukannya buat pertama kali meningkat seganda daripada jumlah keseluruhan 2020, dan satu daripada dua orang berusia lebih 50 tahun," tambah Lembaga CPF.



Tahun lepas, tokokan sebanyak $3 bilion dibuat oleh 140,000 pencarum CPF di bawah skim itu.



RSTU membenarkan pencarum menggunakan wang tunai atau simpanan CPF sedia ada bagi menokok akaun mereka sendiri atau orang tersayang.



Bagi penerima di bawah usia 55 tahun, Akaun Khas boleh ditokok hingga ke Jumlah Persaraan Penuh semasa, iaitu $186,000 tahun ini.



Akaun Persaraan mereka yang berusia 55 tahun ke atas boleh ditokok hingga ke Jumlah Persaraan Dipertingkat semasa, iaitu $279,000 tahun ini.



Pengarah Kumpulan dari Kumpulan Pendapatan Persaraan CPF, Cik Tan Chui Leng, berkata: "Kami berbesar hati kerana lebih ramai pencarum CPF mengambil langkah konkrit untuk menyimpan lebih banyak bagi mendapat pembayaran lebih tinggi semasa persaraan mereka."



Beliau menggesa pencarum lebih muda menokok akaun CPF mereka lebih awal, sambil berkata ini akan lebih daripada menggandakan simpanan persaraan mereka dalam 20 tahun dengan kadar faedah menarik hingga 5 peratus.



CPF berkata tokokan secara elektronik boleh dibuat melalui laman CPF atau aplikasi mudah alih bagi lebih memudahkan dan pengkreditan lebih cepat.



"Tokokan tidak perlu dengan nilai besar dalam satu masa dan juga boleh dibuat dalam jumlah kecil melalui Giro sepanjang tahun," ujar Lembaga CPF.



Permohonan Giro juga boleh dihantar secara digital dan diluluskan hampir serta-merta.



CPF menggalak pencarum membuat tokokan sebelum hujung tahun ini untuk menikmati pelepasan cukai hingga $14,000 untuk taksiran cukai tahun depan bagi tokokan tunai mereka.



Pencarum CPF boleh mendapat pelepasan cukai hingga $7,000 setiap tahun kalendar, sama dengan jumlah tokokan yang dibuat ke akaun mereka sendiri, dan hingga $7,000 lagi bagi tokokan untuk ibu bapa sendiri dan mentua; datuk nenek sendiri dan mentua; pasangan dan adik-beradik.



Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman https://www.cpf.gov.sg/member/growing-your-savings/saving-more-with-cpf/top-up-to-enjoy-higher-retirement-payouts.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >