Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4PM tetapkan sasaran kumpul dana $14,000

May 25, 2019 | 05:30 AM



PERSATUAN Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) telah menetapkan sasaran $14,000 sebagai matlamat dalam pengumpulan dana bagi membantu keluarga kurang bernasib baik.



Jumlah tersebut khusus untuk menolong 150 keluarga yang memerlukan sebagai sebahagian daripada program amal Roda-Roda Ramadan (ROW) tahun ini.



Menerusi kempen mengumpul dana, 'Sponsor A Family' atau Taja Sebuah Keluarga melalui wadah dalam talian giving.sg, status emosi, sosial dan ekonomi keluarga penerima bantuan diharap dapat diperbaiki secara keseluruhan.



Dana yang dikumpulkan akan membantu badan tersebut memperluas khidmat yang disediakannya.



Antara lain, ia termasuk Program Sokongan Literasi bagi kanak-kanak berumur antara lima dengan tujuh tahun, perkhidmatan pendampingan warga tua dan golongan kurang upaya, memberi baucar bagi keperluan harian keluarga penerima bantuan serta program pembaikan rumah di mana sukarelawan mengemas dan mengecat rumah penerima bantuan.



Diadakan buat kali pertama pada 2011, ROW menyediakan wadah bagi anak muda menyumbang semula kepada masyarakat dengan memberi makanan, sumbangan tenaga serta keperluan lain kepada mereka yang kurang bernasib baik semasa Ramadan.



Lebih daripada setakat sumbangan makanan dan baucar, penerima bantuan itu pula diberi latihan kemahiran dan terlibat sama dalam kegiatan kesihatan yang dianjurkan.



Sejauh ini, program tersebut telah berjaya membantu sekitar 2,500 keluarga kurang bernasib baik dan melibatkan lebih 3,000 relawan daripada pelbagai latar belakang, bangsa mahupun agama.



Mereka yang mahu menghulurkan bantuan boleh melakukannya di pautan berikut: https://www.giving.sg/malay-youth-literary-association/sponsor_a_family.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >