Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5 aduan individu sebar ajaran sesat dalam 10 tahun lalu: Masagos

Jan 04, 2021 | 08:12 PM



​MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah menerima lima aduan sepanjang 10 tahun lalu mengenai individu yang didakwa menyebar ajaran sesat.


Sedang tindakan boleh diambil di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Amla), apa-apa usaha untuk menggunakan kuasa undang-undang ke atas ehwal keagamaan mesti dipertimbangkan secara berhati-hati.


Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam satu jawapan bertulis di Parlimen untuk menjawab soalan Encik Faisal Manap (GRC Aljunied) pada Isnin (4 Januari).


“Sedang ini merupakan satu hal keagamaan, Pejabat Mufti dan Jawatankuasa Fatwa pertama sekali dirunding untuk mengatasi ehwal sedemikian.


“Sejauh ini, penguasa keagamaan telah menasihati agar pendekatan lain digunakan dahulu, misalnya bermula dengan kaunseling, bergantung pada betapa serius situasinya,” kata Encik Masagos.


Encik Faisal telah bertanya berapa banyak kes telah dilaporkan kepada Muis berkenaan tindakan menyalahi Seksyen 139 Amla dan berapa individu telah didakwa dan disabit kesalahan.


Dalam jawapannya, Encik Masagos berkata seksyen tersebut menetapkan hukuman ke atas mereka yang menyebar ajaran palsu. Ia merupakan antara pelbagai cara memastikan doktrin ajaran sesat tidak berakar dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >