Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5 dikejar ke hospital selepas kebakaran di flat Tampines

Apr 17, 2023 | 02:26 PM



LIMA orang dihantar ke hospital menyusuli kebakaran di sebuah flat Tampines pada pagi Ahad.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia telah dimaklumkan tentang kebakaran yang berlaku di tingkat 13 di Blok 645B Tampines Street 62 pada 8.35 pagi pada 16 April.



Kebakaran yang melibatkan barang-barang di bilik tidur di unit itu berjaya dipadamkan menggunakan gelung hos, kata SCDF.



Sebelum SCDF tiba di tempat kejadian, lima orang telah pun meninggalkan unit yang terjejas dan unit berhampiran, tambahnya.



Empat daripada mereka dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH) dan seorang lagi dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).



Siasatan awal menunjukkan kebakaran berpunca daripada sumber elektrik, kata SCDF.



Menurut laporan akhbar bahasa Cina, Shin Min Daily News, penghuni dan anak perempuannya yang berusia dua tahun sedang tidur di bilik tidur utama apabila beliau dikejutkan oleh penggera kebakaran.



Beliau menggendong anak perempuannya dan berlari keluar dari flat itu, yang diselubungi asap hitam, lapor akhbar itu.



Penghuni unit itu menambah bahawa anak lelakinya yang berusia 22 tahun sedang tidur di bilik lain. Anak lelakinya mula-mula bersembunyi di dalam biliknya dan membuka tingkap untuk meminta bantuan sebelum memberanikan diri untuk meninggalkan unit itu, tambah akhbar itu.



SCDF sebelum ini berkata terdapat 935 kebakaran di bangunan kediaman pada 2022, penurunan sebanyak 7.4 peratus daripada 1,010 kes pada 2021.



 



Pada 2022, jumlah kebakaran elektrik meningkat sebanyak 18.8 peratus kepada 228 kes. SCDF berkata kebanyakan kebakaran berpunca daripada perkakas elektrik atau wayar yang rosak, atau penggunaan soket elektrik secara melampau.



 



Untuk mengelakkan kebakaran elektrik, SCDF menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan amalan berikut:



 



  • Jangan menggunakan soket elektrik secara melampau.

  • Matikan peralatan apabila ia tidak digunakan.

  • Periksa keadaan wayar dengan kerap, dan gantikan atau baiki wayar yang koyak atau retak dengan segera.

  • Jangan letakkan wayar di bawah karpet atau tikar, dan jauhkan wayar daripada permukaan panas.

  • Gunakan perkakas dan palam elektrik yang mempunyai tanda Safety Mark. Kategori perkakas boleh didapati di www.consumerproductsafety.gov.sg

  • Jangan biarkan bateri atau peranti dicas tanpa pengawasan untuk jangka masa yang panjang atau semalaman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >