3 OGOS
Seorang pemandu trak tunda warga China, berusia 43 tahun, tersepit di antara bas dengan dinding ketika beliau membantu pemandu kenderaan itu masuk ke tempat letak kenderaan di pusat pertukaran pengangkutan persendirian di Kranji.
24 JUN
Seorang penunggang penghantar makanan, berusia 54 tahun, maut dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang basikal elektrik dekat pusat beli-belah Waterway Point di Punggol.
6 JULAI
Seorang pengurus pembinaan warga Singapura, berusia 51 tahun, terkena serpihan papan lapis yang pecah yang digunakan dalam ujian beban cerucuk di Pasir Ris Drive 1. Beliau meninggal dunia pada 13 Julai.
7 JULAI
Seorang warga India, berusia 35 tahun, yang bekerja di tapak BTO di Keat Hong Link maut selepas trak angkat-susun yang dinaikinya bergerak ke belakang lantas memerangkapnya di antara trak itu dengan bumbung.
20 JULAI
Seorang jurulatih warga Singapura, berusia 55 tahun, maut selepas beliau terjatuh daripada dingi di ibu pejabat Polis Pengawal Pantai di Pulau Brani sebelum terkena kipas motor bot.