5 kes Covid-19 baru berkait dengan kelompok aktif terbesar S'pura di Bukit Merah View, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:34
Maghrib
7:17
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

5 kes Covid-19 baru berkait dengan kelompok aktif terbesar S'pura di Bukit Merah View

Jun 20, 2021 | 12:17 AM

SEORANG eksekutif teknikal yang bekerja di Politeknik Nanyang adalah antara lima kes yang berkaitan dengan kelompok di Pasar dan Pusat Makanan 115 Bukit Merah View dan dikesan pada Sabtu (19 Jun).

Kelompok ini kini adalah kelompok terbuka terbesar di Singapura dengan 70 kes.

Kelompok ini juga sudah mengatasi bilangan 63 kes dari kelompok Jem dan Westgate.

Wanita berusia 42 tahun itu sudah menjalani vaksinasi sepenuhnya, jelas kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu malam (19 Jun).

Beliau mula batuk pada 12 Jun disusuli dengan sakit tekak keesokan harinya. Beliau bertemu doktor di poliklinik pada 14 Jun di mana beliau menjalani ujian Covid-19. Keputusan ujiannya negatif tetapi memandangkan beliau dikenal pasti sebagai kontak rapat kes sebelum ini, beliau dikenakan perintah kuarantin pada 16 Jun.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ujian Covid-19 kedua wanita ini pada 17 Jun positif manakala ujian serologinya negatif, memberi gambaran beliau baru-baru ini dijangkiti.

Satu lagi kes baru yang bekaitan dengan kelompok ini melibatkan kakitangan operasi di Paxxus Pte Ltd berusia 45 tahun. Beliau dikesan positif koronavirus ketika menjalani kuarantin. Penduduk Tetap ini adalah kontak rapat kes sebelum ini dan dikuarantin pada 14 Jun.

Tiga lagi kes yang berkaitan dengan kelompok Bukit Merah View pula dikesan melalui ujian pengawasan masyarakat buat pengunjung Pasar dan Pusat Makanan 115 Bukit Merah View dan lokasi berkaitan.

Mereka termasuk pesara 81 tahun, pembantu rumah Indonesia 41 tahun dan warga Singapura berusia 35 tahun yang bekerja di J. Roger Preston Ltd.

Dalam pada itu, MOH menjelaskan terdapat dua kelompok baru yang dikenal pasti. Salah satu daripadanya berkaitan dengan pembantu rumah Indonesia berusia 47 tahun yang disahkan positif Covid-19 pada 16 Jun.

Tiga kes baru, seorang lelaki Singapura berusia 66 tahun yang merupakan pesara; pesara wanita berusia 89 tahun; dan wanita 64 tahun yang bertugas di Hong Leong Finance di 16 Raffles Quay, didapati berkaitan dengan pembantu rumah ini kerana mereka merupakan kontak isi rumahnya.

Satu lagi kelompok berkaitan dengan pembantu rumah Indonesia berusia 32 tahun yang dikenal pasti positif koronavirus pada 16 Jun.

Seorang pembantu rumah Indonesia berusia 30 tahun yang merupakan kontak rapatnya dikuarantin pada 16 Jun dan didapati positif Covid-19 pada 18 Jun. Beliau tidak menunjukkan tanda jangkitan.

 

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map