Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5 kes import Covid-19 dikesan dalam kalangan 5,134 pemegang pas perjalanan golongan divaksin yang masuki S'pura

VTL
Oct 26, 2021 | 06:03 PM



DARIPADA sejumlah 5,134 pemegang pas Laluan Perjalanan bagi Orang Yang Divaksin (VTL) yang memasuki Singapura sejauh ini, hanya lima individu dikesan positif Covid-19.



Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, mendedahkan jumlah ini dalam satu sidang media maya pada Selasa (26 Oktober) sedang beliau mengumumkan rancangan memperluas lagi skim VTL ini kepada Australia dan Switzerland pada 8 November.



Skim VTL ini membolehkan penumpang yang lengkap divaksin memasuki Singapura tanpa perlu menjalani tempoh Notis Jangan Keluar Rumah (SHN). Sebaliknya, mereka boleh mengambil ujian swab reaksi rantaian polymerase Covid-19 sebelum berangkat dan selepas ketibaan di Singapura.



Singapura memulakan VTL bagi penumpang dari Jerman dan Brunei pada 8 September. Ia memperluas skim ini kepada penumpang dari Canada, Denmark, Perancis, Italy, Belanda, Sepanyol, Britain dan Amerika Syarikat pada 19 Oktober.



Ia juga dijadualkan memulakan satu lagi perjanjian VTL bersama Korea Selatan pada 15 November.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada Selasa berkata sehingga Isnin, 290 pengunjung dari Brunei dan 6,226 pengunjung dari Jerman menerima kebenaran mengembara ke Singapura antara 8 September dengan 30 November.



Daripada pengunjung ini, 152 pemilik VTL dari Brunei dan 3,610 individu dari Jerman telah memasuki Singapura sejauh ini.



Sementara itu, 8.583 pengembara dari negara VTL lain telah dibenarkan berkunjung ke Singapura antara 19 Oktober hingga 30 November sehingga 11.59 malam pada Isnin.



Daripada jumlah ini, 1,372 pengembara telah memasuki Singapura.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >