Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5 orang digegas ke hospital selepas kebakaran di flat Jurong West, berkait dengan bateri e-basikal

Jan 19, 2022 | 03:29 PM



LIMA daripada enam penghuni di flat Jurong West dikejarkan ke hospital selepas satu kebakaran pada pagi Rabu (19 Januari) yang kemungkinan besar berpunca daripada bateri basikal elektrik yang sedang dicas.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menjelaskan di Facebook bahawa ia dimaklumkan mengenai kebakaran di Blok 723 Jurong West Avenue 5 sekitar 6.10 pagi.



Apabila bomba tiba, api dapat diliat di dalam unit di tingkat tiga itu.



Enam daripada penghuni flat itu sudah mengosongkan unit mereka sebelum kedatangan SCDF bersama 45 jiran mereka di flat berhampiran.



SCDF menambah lima penghuni daripada unit itu dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) kerana penghiduan asap. Tiada kecederaan lain dilaporkan.



Kebakaran yang berlaku melibatkan kandungan di dewan rumah dan dipadamkan dengan Beg Galas Buih Udara Dimampatkan.



Foto di Facebook SCDF menunjukkan barangan hangus di dewan rumah yang disaluti asap.



Siasatan awal menunjukkan kebakaran yang berpunca daripada pek bateri basikal yang dibantu kuasa elektrik (PAB) yang sedang dicas di dewan rumah.



Menurut perangkaan SCDF pada September 2021, kenderaan elektrik peribadi adalah punca sekitar lima peratus kebakaran perumahan di Singapura, dengan 29 kes kebakaran dilaporkan pada bahagian pertama 2021.



Alat Mobiliti Peribadi (PMD) yang terbakar biasanya berpunca daripada bateri yang mengalami masalah litar pintas, jelas pakar kepada akhbar The Straits Times dalam laporan awal.



Satu sebab penting bateri mengalami litar pintas adalah kerana kerosakan pada alat pemisah dalam bateri yang menghalang elektrod positif dan negatif daripada sentuhan.



Sebab kerosakan alat pemisah pula termasuk haba daripada terlebih mengecas bateri dan penggunaan pengecas yang tidak serasi.



SCDF mengingatkan pengguna PMD dan PAB agar tidak mengecas bateri bagi tempoh lanjutan atau semalaman. Pengguna juga diingatkan untuk tidak membeli atau menggunakan bateri tiruan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >