Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Setempat

5 pelajar sekolah main ‘lompat-lompat’ antara bangunan di Serangoon, polis dipanggil

Oct 04, 2019 | 02:45 PM

GELAGAT lima pelajar lelaki yang melompat dari bangunan sampah ke satu bangunan lain pada ketinggian dua tingkat di Serangoon pada Rabu (2 Oktober) dirakam dalam satu video, yang kemudiannya dimuat naik di laman web Stomp. 

Dalam klip tersebut, mereka dilihat mengenakan seragam sekolah dan sepertinya telah memanjat tembok penghalang flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Block 157 in Serangoon North Avenue 1.

Cik Anne Ling, seorang pegawai perkhidmatan pelanggan yang bekerja di bangunan di seberang blok tersebut, memberitahu akhbar The Straits Times bahawa beliau diberitahu mengenai kejadian itu pada 10.35 pagi oleh rakan sekerjanya yang melihat gelagat mereka.

Cik Ling, 44 tahun, berkata: "Kami hairan mengapa mereka berada di sana dan bukan di sekolah. Kami kemudian membuat laporan polis dan melihat mereka melarikan diri apabila polis tiba.

"Walaupun ruang antara kedua-dua bangunan itu tidak lebar, mereka boleh patah tulang jika mereka jatuh.”

Tidak diketahui dari sekolah mana pelajar-pelajar itu berasal, namun pihak polis telah memberitahu sekolah mereka tentang gelagat pelajar-pelajar itu.
 

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian