Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5 perkara anda perlu tahu tentang Koronavirus Novel 2019-nCoV

Feb 03, 2020 | 04:47 PM



SEJAUH ini, lebih  17,300 kes Koronavirus Novel 2019-nCoV telah dilaporkan di seluruh dunia, termasuk lebih 300 kes yang membawa maut. Di Singapura, 18 kes telah dikenal pasti sehingga 3 Februari 2020. 



Apakah koronavirus novel dan bagaimana anda boleh melindungi diri? 



1. Virus ini kali pertama dikenal pasti di Wuhan di wilayah Hubei, China pada Disember 2019. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) diberitahu tentang sekelompok kes pneumonia (jangkitan yang mengepung kantung udara dalam satu atau kedua-dua paru-paru) yang tidak diketahui sebabnya yang telah dikesan di Wuhan.


2. Virus ini termasuk dalam kelompok koronavirus, sama seperti Mers dan Sars. Namun, kata pakar, koronavirus novel ini lebih mudah berjangkit, walau ia dianggap kurang berbahaya jika dibandingkan dengan Sars.





Buat masa ini, bukti menunjukkan bahawa kadar jangkitan antara manusia-ke-manusia bagi koronavirus novel ini melebihi Sars. Ia berjangkit melalui titisan, misalnya jika seseorang batuk atau bersin.



Pun begitu, tidak ada bukti bahawa virus ini boleh merebak melalui udara (airborne).



Ia juga boleh berjangkit melalui sentuhan. Misalnya jika seorang yang dijangkiti bersin atau batuk pada suatu permukaan, dan orang lain menyentuh permukaan tersebut lalu menyentuh hidung atau matanya tanpa mencuci tangan, orang yang menyentuh permukaan itu boleh dijangkiti virus, sehingga tiga hari selepas permukaan 'dicemari'.Justeru, amat penting bagi seseorang sering mencuci tangannya dengan sabun dan elak dari menyentuh mukanya.





3. Tiada rawatani bagi koronavirus novel itu buat masa ini. Melahirkan rawatan yang berkesan dijangka mengambil masa beberapa bulan atau beberapa tahun  Sementara itu, buat masa ini, tumpuan perubatan adalah untuk mengurangkan komplikasi yang boleh dihadapi pesakit dan serta untuk memberi mereka waktu mencukupi untuk pulih.





4. Kadar kematian koronovirus novel 2019-nCoV ialah 2 hingga 3 peratus. Kebanyakan mereka yang terkorban ialah disebabkan kondisi perubatan yang sudah wujud. Kadar kematian ini kurang daripada kadar kematian virus Sars, iaitu 10 peratus.


5. Pemerintah Singapura bersiap menghadapi wabak ini dan akan mengambil langkah cepat lagi tegas. Pemerintah sudah bersiap sedia menghadapi wabak virus berjangkit sejak kejadian Sars di negara ini pada 2003.



Ini termasuk memperkukuh pengawasan epidemiologi dan keupayaan pengawalan. Agensi yang terlibat juga mengadakan latihan kesediaan kecemasan yang kerap untuk memastikan mereka bersiap sedia.



Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) juga telah ditubuhkan untuk mengukuhkan keupayaan Singapura mengurus penyebaran wabak berjangkit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >