Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris telah menamatkan kunjungan tiga harinya ke Singapura. Berikut 5 perkara penting anda perlu tahu tentang kunjungan tersebut.
1. Siapa beliau?
Kamala Harris merupakan naib presiden dilantik wanita berkulit hitam pertama.
Cik Harris, 56 tahun, mencatat rekod sebagai wanita berkulit hitam pertama menjawat jawatan naib presiden dilantik dalam tempoh 200 tahun.
2. Mengapa beliau di Singapura?
Cik Harris telah bertemu Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk membincangkan pelbagai isu mengenai hubungan dua pihak.
Ini termasuk tumpuan utama dalam kesihatan awam global, kerjasama ekonomi dan keselamatan selain ancaman perubahan iklim, komitmen Amerika terhadap ketenteraman antarabangsa berdasarkan peraturan, hak pekerja, hak manusia, serta isu melibatkan rantau termasuk China.
3. Mengapa rantau Asia Tenggara terpilih?
Dalam satu taklimat sebelum kunjunganya, seorang pegawai kanan AS yang ingin identitinya dirahsiakan berkata rantau Asia Tenggara benar-benar penting kepada Amerika Syarikat.
“Naib Presiden... menyedari bahawa banyak daripada sejarah abad ke-21 akan ditulis di kawasan Indo-Pasifik. Kami mempunyai minat yang berkekalan di sana. Dan sebab itulah beliau begitu fokus terhadap rantau ini dan membuat perjalanan ini,” tambahnya.
4. Apa antara ‘hadiah’ Singapura kepada Cik Harris?
Dalam satu majlis di Istana, bunga orkid jenis hibrid telah dinamakan mengikut nama Cik Harris, Papilionanda Kamala Harris, sebagai tanda hormat.
5. Adakah beliau telah bertemu warga AS di Singapura?
Cik Harris telah mengunjungi Pangkalan Tentera Laut Changi, di mana beliau telah memberi ucapan pendek kepada pelaut AS di USS Tulsa, kapal kombat litoral Amerika yang kini melawat Singapura.