Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5 perkara anda perlu tahu tentang serangan siber SingHealth

Jul 20, 2018 | 06:31 PM



SingHealth, institusi penjagaan kesihatan terbesar di Singapura, telah menjadi sasaran serangan siber, menurut pihak berkuasa hari ini. 



Data sekitar 1.5 juta pesakit, termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong, dicuri dalam serangan siber paling teruk di Singapura itu. 



Kami senaraikan perkara yang anda perlu tahu tentang kes tersebut. 



1. APA BERLAKU? 

Data sekitar 1.5 juta pesakit yang telah mengunjungi klinik pakar dan juga poliklinik SingHealth dari 1 Mei 2015 hingga 4 Julai 2018, telah dicuri dan ditiru.



Maklumat itu termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat, jantina, kaum dan tarikh lahir.



Penyerang juga telah mengakses maklumat mengenai ubat-ubatan klinik pesakit luar (outpatient) seramai 160,000 pesakit, termasuk PM Lee, daripada jumlah 1.5 juta pesakit ini.



Pihak perkuasa berkata bahawa ini merupakan “serangan siber yang disengajakan, disasarkan dan dirancang dengan teliti” dan “bukan kerja penggodam biasa atau geng jenayah”.



2. BAGAIMANA SERANGAN TERSEBUT DIKETAHUI? 



Pada 4 Julai, pentadbir pangkalan data dari Sistem Maklumat Kesihatan Bersepadu (IHIS), agensi yang mengendalikan sistem IT institusi penjagaan kesihatan awam, menemui aktiviti pelik di salah satu pangkalan data IT SingHealth. 



Mereka menyiasat insiden tersebut dan meletakkan langkah keselamatan siber tambahan. 



Pada 10 Julai, siasatan mengesahkannya sebagai satu serangan siber, dengan pencurian data yang bermula dari 27 Jun hingga 4 Julai. 



SingHealth membuat laporan polis pada 12 Julai. 

Polis sedang menyiasat. 



Banyak aktiviti lain diamati selepas itu. Namun tiada data lain dicuri. 



Perkhidmatan penjagaan kesihatan tidak terjejas semasa serangan itu, kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan. 



3. INGIN TAHU SAMA ADA MAKLUMAT ANDA DICURI? 



SingHealth akan menghubungi semua pesakit yang melawat klinik pakar dan poliklinik dari 1 Mei 2015 hingga 4 Julai 2018 untuk memberitahu sama ada data mereka telah disalin. 



Semua pesakit, sama ada data mereka terjejas ataupun tidak, akan menerima SMS dalam tempoh lima hari akan datang. 



Mereka juga boleh menggunakan aplikasi mudah alih Health Buddy atau laman SingHealth untuk memastikan sama ada mereka terjejas dalam insiden ini. 



4. APA YANG AKAN BERLAKU SEKARANG? 

Kementerian Kesihatan (MOH) mengarahkan IHIS menjalankan semakan teliti terhadap sistem penjagaan kesihatan awam untuk meningkatkan usaha mencegah, mengesan dan bertindak balas terhadap serangan siber. 



Agensi Keselamatan Siber akan bekerjasama dengan 11 sektor utama-termasuk tenaga dan perbankan- untuk meningkatkan keselamatan siber dalam sistem mereka. 



Pihak berkuasa juga tidak akan memperkenalkan sistem ICT (infokom dan teknologi) yang baru sementara mereka menyemak langkah keselamatan siber yang sedia ada dan melaksanakan sebarang langkah perlindungan keselamatan tambahan.



Menteri Perhubungan dan Penerangan S. Iswaran yang juga Menteri Keselamatan Siber, telah memulakan jawatankuasa siasatan untuk meneliti serangan tersebut. 



5. PERNAHKAH PERKARA SEPERTI INI BERLAKU? 

Serangan siber SingHealth ini merupakan serangan terbesar di Singapura buat masa kini. 



Ia mengatasi pengumuman Uber Disember tahun lalu di mana maklumat peribadi 380,000 pengguna di Singapura dikompromi. 



Dalam kes lain, data peribadi sebanyak 5,400 pelanggan dari syarikat insurans AXA dikompromi pada September 2017. 



Pada Mei 2017, Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Singapura (NTU) mengalami serangan siber yang bertujuan untuk mencuri data pemerintah dan kajian. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >