Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5 perkara yang perlu dibuat jika majlis kahwin dibatal

Dec 09, 2020 | 05:30 AM



MAJLIS perkahwinan dibatalkan pada saat-saat akhir dan anda buntu tidak tahu nak buat apa?



Majalah Her World kongsikan lima perkara yang anda perlu lakukan jika majlis perkahwinan dibatalkan.



1. Batalkan majlis secepat mungkin



Sekiranya anda tahu keadaan hubungan anda menjadi buruk atau ada acara besar lain yang berlangsung pada hari yang sama dan anda ingin menjadualkannya semula, lakukan dengan cepat.



Ia baik untuk memaklumkan kepada vendor anda lebih awal mengenai perubahan acara supaya mereka dapat merancang dengan sewajarnya.



Jika mereka tidak dapat melakukan sedemikian, lebih baik batalkannya awal supaya dapat menjimatkan wang.



2. Periksa jika ada yuran pembatalan



Kemungkinan besar anda tidak akan dapat semua wang anda kembali - sebenarnya jangan terlalu terkejut jika anda dikenakan bayaran 75 peratus daripada jumlah kos makanan dan minuman, terutama jika pembatalan dibuat hanya beberapa bulan sebelum acara.



Tetapi periksa sama ada anda sekurang-kurangnya dapat sedikit bayaran balik.



Bayaran pembatalan sebilangan vendor berbeza-beza berdasarkan jumlah masa - dari waktu pembatalan hingga hari sebenar.



3. Berunding



Sekiranya pengembalian wang penuh atau sebahagian tidak dapat dipertimbangkan, lihat sama ada vendor anda bersedia menangguhkan acara anda pada tarikh kemudian.



Dari segi tempat majlis, hotel juga boleh membenarkan penggantian atau penyerahan tempahan dengan pasangan lain mengambil alih tempahan.



Ini mungkin atau mungkin tidak disertakan dengan bayaran penalti.



Ia mungkin tidak disenaraikan dalam kontrak, jadi adalah idea yang baik untuk bertanya mengenai pilihan ini sebelum membuat perjanjian.



4. Teruskan seperti yang dirancang



Sekali lagi, walau apa pun alasannya, buat yang terbaik daripada keadaan itu.



Daripada bersedih sebab ditinggalkan, seorang pengantin perempuan di Seattle mengubah majlisnya kepada malam yang istimewa untuk golongan gelandangan serta susah di kawasan itu.



Ubah keadaan yang negatif kepada sesuatu yang positif.



5. Lihat semula bajet anda



Sekiranya anda atau pasangan anda tiba-tiba kehilangan pekerjaan dan tidak mempunyai wang banyak untuk mengadakan majlis perkahwinan yang besar, fikirkan perkara-perkara yang mungkin anda ingin kurangkan.



Oleh itu, jangan mula membatalkan semuanya sekali gus.



Lihat sama ada vendor anda dapat menampung senarai tetamu yang lebih kecil misalnya, atau elak berbelanja untuk perkara seperti hiasan utama dan jambak bunga perkahwinan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >