Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5 projek BTO tertangguh, kontraktor hadapi masalah kewangan

Hampir 3,000 pemohon dijangka terjejas, libatkan projek di Clementi Bukit Batok, Bukit Panjang dan Woodlands
Aug 27, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR 3,000 pembeli flat Bina-ikut-Tempahan (BTO) di lima projek perumahan awam di Bukit Batok, Clementi, Bukit Panjang dan Woodlands dijangka menunggu lebih lama bagi rumah mereka setelah kontraktor utama bagi projek-projek itu menghadapi masalah kewangan.



Empat projek BTO itu ialah Sky Vista @ Bukit Batok, Senja Heights dan Senja Ridges di Bukit Panjang, dan Marsiling Grove di Woodlands.



Projek kelima ialah West Coast Link (Tapak B) di Clementi, yang terletak bertentangan dengan Taman West Coast.



Tapak itu salah sebuah daripada tapak gantian bagi Skim Pembangunan Semula Terpilih Secara Berkelompok (Sers) bagi penduduk di Blok 513 hingga 520 West Coast Road.



Kelima projek itu melibatkan sejumlah 2,982 unit dalam 13 blok, menurut satu kenyataan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam.



HDB berkata kontraktor utama bagi lima projek itu - Greatearth Corporation Pte Ltd and Greatearth Construction Pte Ltd - telah memaklumkan kepada HDB minggu lalu bahawa mereka tidak dapat meneruskan dengan projek itu.



"Greatearth telah memaklumkan kepada HDB bahawa ia telah menghadapi masalah kewangan, meskipun dengan bantuan pemerintah yang disediakan, ia tidak dapat menghabiskan lima projek BTO di bawah pengurusannya itu.



"HDB juga telah meneroka pilihan lain untuk menghuraikan masalah Greatearth, seperti menerusi bayaran awal, tetapi Greatearth tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk meneruskan operasinya," kata HDB.



Kata lembaga itu lagi, sejak 20 Ogos lalu, semua kerja di lima tapak itu telah dihentikan.



"Sebelum ini, kemajuan kerja itu memuaskan, dan tidak ada tanda kerja yang diperlahankan, atau bekalan dan pekerja di tapak yang dikurangkan secara mendadak," kata HDB.



Agensi tersebut juga sedang bekerjasama dengan syarikat tersebut untuk mendapatkan kontraktor baru "secepat mungkin untuk menyelesaikan baki kerja".



Sementara itu, HDB juga telah mendapatkan khidmat kontraktor kontingensi untuk memelihara keselamatan di tapak kerja itu dan menjalankan kerja penjagaan dan pengawalan perebak penyakit sehingga kontraktor baru dilantik.



Sebelum ini, pemerintah mengatakan bahawa sekitar 43,000 isi rumah akan terlewat mendapat flat BTO mereka disebabkan gangguan rantaian bekalan dan pekerja yang terhad dalam sektor binaan.



Daripada 89 projek BTO yang dalam pembinaan, sekitar 85 peratus lewat enam hingga sembilan bulan dari jadual.



HDB juga berkata semalam pemilik flat yang tidak boleh mendapatkan tempat tinggal sementara boleh menghubungi HDB untuk mendapatkan bantuan.



LAPORAN LANJUT: Flat BTO lewat: HDB bantu dapatkan tempat tinggal sementara




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >