Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

5 pusat F&B diarah tutup, 16 premis dan 36 individu didenda

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

5 pusat F&B diarah tutup, 16 premis dan 36 individu didenda

Dec 23, 2020 | 05:30 AM

LIMA perniagaan makanan dan minuman (F&B) diperintahkan tutup, sementara 16 premis lain dan 36 individu akan dikenakan denda kerana melanggar langkah-langkah pengurusan selamat.

Pelanggaran tersebut dikesan semasa pemeriksaan oleh penguatkuasa yang ditingkatkan pada hujung minggu lalu, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dalam satu kenyataan semalam.

Pengawasan yang meningkat akan dilanjutkan selama beberapa minggu lagi, bertepatan dengan perayaan akhir tahun.

Menurut kenyataan itu, pada 18 Disember, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) telah mengeluarkan perintah, meminta kedai Cheers Up di 2 Havelock Road ditutup selama 10 hari mulai 19 Disember hingga 28 Disember kerana membenarkan pelanggan mengambil minuman beralkohol lewat 10.30 malam pada 11 Disember.

Ketika pegawai melakukan pemeriksaan susulan pada 18 Disember, mereka mendapati kedai itu masih membenarkan pelanggan mengambil minuman beralkohol pada 11.15 malam.

URA mengeluarkan satu lagi perintah penutupan selama 20 hari dari 29 Disember hingga 17 Januari tahun depan.

Empat kesalahan tambahan dilakukan pada Sabtu lalu.

Satu lagi premis, One Min Club di Orchard, juga melakukan beberapa kesalahan melanggar langkah pengurusan selamat.

Ini termasuk membenarkan sekumpulan tujuh orang duduk bersama di meja, sekumpulan 11 orang duduk di meja lain dan membenarkan permainan melibatkan minuman kepada pelanggan.

Perniagaan F&B tidak dibenarkan menyediakan permainan jika mereka bukan pusat hiburan.

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) telah mengeluarkan perintah mewajibkan pengendali itu menutup premisnya selama 10 hari mulai 20 Disember.

Selain itu, pegawai penguatkuasa juga memerhatikan pelanggan di Tangmen di Orchard yang mengambil minuman beralkohol yang disembunyikan dalam botol teh hijau pada 3.40 pagi.

STB mengeluarkan perintah agar pengendali pusat itu menutup premisnya selama 10 hari sehingga 28 Disember.

Di Chong Qing Steamboat di Beach Road, sekumpulan lapan pelanggan didapati bergaul pada 10 malam Sabtu lalu. URA mengarahkan pengendali menutup tempat makannya selama 10 hari sehingga 1 Januari.

Sabtu lalu, pegawai melihat pelanggan di QQ di South Bridge Road mengambil minuman beralkohol pada 10.40 malam. URA mengarahkan pengendali menutup tempat itu selama 10 hari sehingga 1 Januari.

Selain itu, 16 kedai F&B akan dikenakan denda kerana kesalahan seperti membenarkan kumpulan lima orang masuk bersama-sama, membenarkan mereka saling bergaul, dan mereka duduk kurang satu meter antara satu kumpulan dengan lain, kata kementerian itu.

Seramai 36 individu juga akan dikenakan denda kerana tidak mematuhi langkah pengurusan selamat di pusat F&B.

Mereka berkumpul dan duduk dalam kumpulan lebih lima orang dan saling bergaul antara satu kumpulan, kata kementerian itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3