Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANTARA YANG MENARIK DI ‘THE BM SHOW’ ESOK

5 rahsia jiwa kental Fatimah Mohsin

Dec 25, 2021 | 05:30 AM



Coklat, strawberi atau vanila? Yang mana satu pilihan perisa aiskrim kegemaran anda? Dalam episod terakhir musim keempat 'The BM Show', kedua-dua hos, Irma Kamarudin dan Shahida Sarhid akan membawa anda meneroka dunia manisan yang menyeronokan, iaitu ke Muzium Aiskrim Singapura. Kita tinjau antara kegiatan menarik yang boleh anda lakukan di muzium tersebut selain mencuba perisa aiskrim yang lain daripada yang lain. Dalam pada itu, hos segmen Gah! Hanim Mohd Saleh pula telah bertemu dengan ikon fesyen dan usahawan mapan, Cik Fatimah Mohsin. Ingin tahu apa yang selalu dibawa dalam beg usahawan ini? Jangan lupa tonton 'The BM Show' di Facebook Berita Harian, Ahad ini, mulai 10 pagi.



APABILA disebut nama usahawan wanita Cik Fatimah Mohsin, perkara yang dapat dibayangkan ialah sikap gungho beliau yang berani menentang arus dalam mengharungi pasang surut dunia perniagaan.



Oleh sebab itu, sedang ramai peniaga yang terjejas akibat pelbagai sekatan sepanjang era pandemik ini telah angkat bendera putih, Cik Fatimah, 46 tahun, tidak mahu duduk diam.



Tatkala individu berpeluk tubuh dan berkeluh-kesah meratapi nasib berikutan kemunculan virus yang mengoncang dunia, Cik Fatimah malah menggagahkan diri dengan membuka dua perniagaan baru di tengah-tengah kemelut Covid-19.



Ini termasuk sebuah restoran, 555 Halal Thai Thai di Kranji pada Disember tahun lalu dan baru-baru ini, sebuah salun rambut dan kecantikan, The Right Look di Arab Street.



Dalam interviu dengan The BM Show musim ke-4 episod kelapan, Cik Fatimah berkongsi pemikiran di sebalik keberanian dan kecekalan hatinya mengharungi pelbagai onak duri dunia perniagaan.



Kalau boleh disebut satu persatu cerita di sebalik kerja kerasnya berniaga memang boleh dibuat sebuah biografi, tetapi untuk artikel ini, kami kongsikan lima perkara menarik tentang Cik Fatimah sebagai seorang usahawan berjiwa kental.



NAMA DISEBUT DI PARLIMEN



Namanya diketengahkan sebagai salah seorang daripada tiga wanita bersemangat waja yang disebut oleh Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam yang juga Anggota Parlimen (GRC Jurong) dalam sidang Parlimen Februari lalu.



Wanita memainkan peranan penting dan telah memberi sumbangan penting dalam masyarakat dan negara.



Cik Rahayu turut memberi contoh cara pereka dan pengasas Fatimah Mohsin The Wedding Gallery yang tidak berputus asa meskipun banyak majlis dan acara harus dibatalkan atau ditunda akibat kesan pandemik Covid-19.



Cik Fatimah telah mengubah strategi syarikatnya dan telah membuka sebuah restoran tersebut.



Malah, dia juga telah menjahit dan mengagihkan 600 pelitup muka kepada pegawai barisan hadapan sebagai tanda penghargaan bagi pengorbanan mereka selain menjemput peniaga kecil meletakkan produk mereka di kedainya tatkala Bazar Ramadan fizikal tahun lepas terpaksa dibatalkan.



KETAWA DALAM KESUSAHAN



Dalam menempuh pelbagai cabaran sebagai usahawan, Cik Fatimah masih boleh ketawa mengenangkan pencaroba hidupnya.



Bahkan dia telah menjadikan inspirasi "ha, ha, ha" pada nama restoran yang dibukanya.



Nama 555 Halal Thai itu, kata Cik Fatimah, jika disebut dalam bahasa Thai, membawa erti "ha, ha, ha", yang kedengaran seperti orang ketawa.



"Saya mahu pelanggan rasa ceria dan terhibur apabila dapat berkumpul dan menjamu selera di restoran saya," ujarnya.



BAPA JADI INSPIRASI



Berbanding usahawan lain, Fatimah dibesarkan dalam keluarga yang berjuang dalam dunia perniagaan.



Bapanya, Encik Mohsin Nazarali, yang diberikan julukan 'Raja Lelong', merupakan peniaga tersohor di Pasar Geylang Serai suatu ketika dahulu.



Dia menjual pelbagai jenis barangan - daripada pakaian hingga peralatan dan perhiasan rumah.



Oleh sebab itu, sebagaimana bapanya sering menukar-nukar bekalan barangan untuk dijual mengikut musim-musim tertentu berdasarkan permintaan, Cik Fatimah juga berani cepat-cepat menukar strategi perniagaan, lebih-lebih lagi demi penakatan semasa Covid-19.



KELUARGA SANDARAN UTAMA



Segala kerja keras yang dicurahkan, adalah demi kebahagian keluarga, kata Cik Fatimah.



Dia turut gembira keluarganya menjadi sandaran utama yang menguatkan semangat beliau untuk terus maju.



Sebab itu, apabila adik bongsunya, Cik Nur Hannan Mohsin, yang punya 15 tahun pengalaman dalam bidang dandanan rambut ingin membuka salun rambutnya sendiri, Cik Fatimah memberikan sokongan kepadanya.



Salun rambut The Right Look di 59 Arab Street itu diibuka dengan modal $150,000 yang turut disumbangkan tiga adik-beradiknya yang lain.



Menerusi salun dua tingkat itu, mereka berhasrat untuk menyediakan khidmat menyeluruh dengan memperkasakan para usahawan wanita lain berlatih dan berkongsi idea pada masa akan datang.



Dengan berkonsep Jepun yang bersih dan teratur reka bentuknya, salun ini menyediakan khidmat menyeluruh dengan memperkasakan para usahawan wanita lain berlatih dan berkongsi idea pada masa akan datang.



TAK PERLU TUNGGU PANDEMIK SELESAI



Sedang sesetengah perniaga menyifatkan Covid-19 menutup periuk nasi mereka, Cik Fatimah pula beranggapan selepas lebih setahun kita mengharungi pandemik ini, lebih banyak peluang sebenarnya terbuka untuk diceburi dan kita tidak harus menunggu sampai semuanya selesai.



"Kalau nak tunggu Covid-19 habis, mungkin agak terlalu terlambat dan mungkin bila ekonomi kembali pulih, semuanya agak lebih mahal," kongsinya.




"Kalau nak tunggu Covid-19 habis, mungkin agak terlalu terlambat dan mungkin bila ekonomi kembali pulih, semuanya agak lebih mahal."
- Cik Fatimah Mohsin, yang membuka dua perniagaan di tengah pandemik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >