Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5 rumah terbuka Istana bagi 2020

Jan 02, 2020 | 05:20 PM



ORANG ramai boleh berkunjung ke Istana  lima kali tahun ini apabila kediaman Presiden Singapura itu mengadakan rumah terbukanya.



Tahun ini, rumah terbuka Istana akan diadakan pada Hari Kedua Tahun Baru Cina (26 Januari), Hari Pekerja (1 Mei), Hari Raya Puasa (24 Mei), dua minggu sebelum Hari Kebangsaan (26 Julai) dan Deepavali (14 November).



Waktu lawatan semasa hari rumah terbuka itu adalah dari 8.30 pagi hingga 6 petang.



Pengunjung ke rumah terbuka Istana boleh menikmati pelbagai persembahan oleh kumpulan setempat dan pancaragam sekolah.



Butiran lanjut akan diumumkan menjelang hari rumah terbuka tersebut, menurut Pejabat Presiden.



Pencinta alam semula jadi pula boleh mengikuti lawatan berpandu oleh Lembaga Taman Negara (NParks).



Malah, orang ramai juga boleh mengikuti lawatan berpandu ke bangunan utama Istana, yang termasuk bilik rasmi tertentu dan meninjau koleksi hadiah negara yang diberi kepada Presiden dan Perdana Menteri Singapura selama ini.



Mereka boleh melawat Galeri Warisan Istana di Istana Park untuk mengenali sejarah dan warisan Singapura dengan lebih dekat.



Sementara itu, orang ramai juga boleh membawa pulang cenderahati sekiranya mereka menderma kepada Cabaran Presiden di rumah terbuka Istana.



Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Istana bagi warga dan penduduk tetap (PR) Singapura.



Namun, warga asing perlu membayar $2 seorang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >