5 staf Hospital Khoo Teck Puat dikenakan tindakan disiplin, sebabkan pesakit barah buah dada terima rawatan salah , Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

5 staf Hospital Khoo Teck Puat dikenakan tindakan disiplin, sebabkan pesakit barah buah dada terima rawatan salah

May 03, 2021 | 09:29 PM

HOSPITAL Khoo Teck Puat (KTPH) telah mengambil tindakan disiplin terhadap lima kakitangan di makmal yang cuai dan menyebabkan beberapa pesakit barah buah dada mendapat rawatan yang tidak diperlukan berdasarkan keputusan ujian yang tidak tepat.

Pihak hospital pada Isnin (3 Mei) juga meminta maaf kepada pesakit yang terjejas dan berkata ia akan memberi ganti rugi kepada mereka.

"Kami telah menghubungi semua pesakit yang terjejas untuk memberikan sokongan kami, dan kami memberi jaminan bahawa kami akan meneliti ganti rugi yang sesuai untuk setiap pesakit," kata Profesor Madya Pek Wee Yang, yang merupakan pengerusi Lembaga Perubatan KTPH.

"Kami juga ingin memohon pemahaman dan kesabaran mereka kerana proses ini akan mengambil sedikit waktu untuk diselesaikan. Di samping itu, kami akan memberikan kaunseling psikologi kepada pesakit-pesakit ini, jika diperlukan, dalam tempoh ini."

Kakitangan yang dihukum itu termasuk mereka yang memegang peranan pengurusan.

Tindakan disiplin yang dikenakan itu terdiri daripada amaran keras hingga hukuman kewangan dan pemberhentian kerja.

Discover Malay Home Based Businesses

Kaunseling, latihan semula dan pendidikan semula juga dijalankan untuk kakitangan.

KTPH berkata kesilapan manusia telah menjejas keputusan ujian antara 2012 dengan 2020.

Kajian dalaman dilakukan tahun lalu apabila klinisian yang menyemak kes barah buah dada melihat kadar positif yang lebih tinggi daripada biasa.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map