5 stesen MRT laluan NSL ditutup hujung minggu Hari Vesak bagi kerja binaan
Apr 09, 2019 | 05:30 AM
LIMA stesen di Laluan Utara-Selatan (NSL) akan ditutup selama tiga hari secara berperingkat sewaktu cuti hujung minggu Hari Vesak dari 18 Mei hingga 20 Mei ini.
Ini dilakukan untuk memudahkan pembinaan stesen Canberra yang bakal dibuka, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan semalam.