Sebanyak 50 kes jangkitan baru dalam masyarakat dilaporkan di Singapura pada tengah hari Ahad (15 Ogos).
Daripada jumlah itu, 30 berkait dengan kes sebelumnya dan sudah dikuarantin manakala enam kes berkait lain dikesan menerusi pemantauan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).
Baki 14 kes adalah tidak berkait.
Selain itu, tiga kes import telah dikesan dan diasingkan setibanya di sini.
Secara keseluruhan, Singapura melaporkan 53 kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah kes di sini sebanyak 66,172.