Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

50 mesin layan diri galak usaha kitar semula

Oct 31, 2019 | 07:30 PM



SELALUNYA, mesin layan diri akan menerima duit syiling atau tunai. Namun, mesin layan diri baru di Our Tampines Hub (OTH) ini sedia menerima tin dan botol plastik kosong - sebagai ganjaran ia akan n akan keluarkan baucar diskaun.



Bagi setiap botol atau tin minuman yang dimasukkan, baucar diskaun sebanyak 20 sen akan diberikan, yang boleh digunakan di mana-mana cawangan NTUC FairPrice.



Lagi 49 mesin baru ini akan berada di seluruh Singapura secara bertahap-tahap mulai Mac tahun depan, satu daya usaha oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) untuk menggalak kitar semula.



Mulai hari ini (31 Oktober), 10 mesin ini akan berada di pusat membeli-belah termasuk AMK Hub, NEX, Jurong Point dan Paya Lebar Quarter. Kebanyakannya terletak berdekatan pasar raya Fair Price.



Mesin ini akan membantu menangani pembaziran bungkusan, salah satu saluran pembaziran utama, di samping pembaziran makanan dan e-pemnaziran, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli di pelancaran mesin itu di OTH.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >