Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

50% pekerja SG dibenar kembali ke pejabat mulai 1 Jan

Dec 15, 2021 | 05:30 AM



MULAI 1 Januari, seramai 50 peratus pekerja Singapura yang bekerja dari rumah (WFH) kini dibenarkan untuk kembali ke pejabat mereka.



Menyusuli pengumuman Langkah Vaksinasi Tenaga Kerja yang akan berkuat kuasa pada tarikh yang sama, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata negara ini "kini dalam kedudukan yang lebih baik untuk melonggarkan aturan pilihan WFH yang sedia ada".



Di bawah langkah tersebut, hanya pekerja yang telah lengkap divaksin atau telah pulih daripada Covid-19 boleh kembali ke tempat kerja.



Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong berkata pemerintah akan menyemak semula kelonggaran ini yang membolehkan pekerja yang belum lengkap divaksin untuk kembali ke tempat kerja sekiranya mereka diuji negatif untuk Covid-19.



Beliau yang merupakan pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 semasa sidang media semalam berkata:



"Ia mempunyai implikasi kepada majikan dan pekerja, dan itulah sebabnya kami sedang berunding dan berbincang dengan rakan kongsi tiga pihak kami mengenai langkah ini dan kami akan memberikan butiran lanjut apabila aturan ini dimuktamadkan."



Bekerja dari rumah telah menjadi aturan pilihan sejak September lalu, selepas Singapura sekali lagi menyaksikan peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan masyarakat.



Dalam pada itu, MOH berkata pemerintah juga akan melonggarkan langkah untuk acara berkaitan kerja, dengan had semasa seramai 50 orang akan dinaikkan untuk acara tertentu.



Namun begitu, semua peserta perlu memastikan mereka menggunakan pelitup pada setiap masa dan duduk dengan jarak yang selamat. Mereka juga mesti memenuhi keperluan Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS).



Perhimpunan sosial di tempat kerja, bagaimanapun, masih tidak dibenarkan, kata MOH, sambil menambah bahawa butiran lanjut akan dikeluarkan secara berasingan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >