Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

50 pusat hiburan malam tidak dibenar dibuka semula

Pusat hiburan malam yang diubah tawar khidmat F&B perlu lulus pemeriksaan, dapat izin bersyarat
Aug 01, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 50 pusat hiburan malam yang berubah untuk menawarkan khidmat F&B telah melakukan pelanggaran langkah-langkah pengurusan selamat (SMM) sejak Oktober 2020 dan kini tidak dibenarkan dibuka semula.



Pusat hiburan malam lain yang telah berubah untuk menawarkan khidmat makanan dan minuman (F&B) kini perlu lulus pemeriksaan dan mendapat izin bersyarat sebelum mereka dapat meneruskan operasi, kata pihak berkuasa.



Penangguhan operasi bagi pusat hiburan malam pada 16 Julai selama dua minggu dilakukan untuk mengekang penularan virus dalam masyarakat dari kelompok kes Covid-19 di tempat KTV dan kelab malam.



Pengendali pusat hiburan yang telah merubah khidmat yang ditawarkan akan diperlukan untuk menerapkan Langkah-langkah Pengurusan Selamat (SMM) tambahan, di atas langkah-langkah yang lain, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan semalam.



Antara keperluan yang mesti dipatuhi oleh pusat hiburan ini termasuk mengunci semua bilik privet, memasang kamera litar tertutup untuk merangkumi semua tempat beroperasi, termasuk pintu masuk kepada bilik-bilik privet yang terkunci.



Peranti yang memfasilitasikan hiburan awam, seperti meja biliar dan mesin karaoke, mesti dialihkan daripada tumpuan pelanggan.



Semua kakitangan di pusat hiburan malam ini juga harus menjalani ujian saringan reaksi rantaian polimerase (PCR) Covid-19 satu kali sebelum dibuka semula untuk beroperasi.



Selepas itu semua kakitangan pusat hiburan malam ini perlu menjalani ujian swab setiap tujuh hari di pusat ujian pantas Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), sebaik sahaja beroperasi semula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >