IBU bapa yang mahu mendaftar anak-anak mereka di Tadika 1 pada 2023 boleh memilih daripada 50 tadika Kementerian Pendidikan (MOE), termasuk lagi tujuh tadika yang dijangka buka tahun depan.
MOE dalam kenyataannya semalam berkata latihan pendaftaran akan berlangsung dari 9 pagi, 4 Februari hingga 4 petang, 8 Februari.
Pendaftaran dibuka kepada kanak-kanak yang lahir antara 2 Januari 2018 dengan 1 Januari 2019 dan merupakan warga atau penduduk tetap Singapura.
Pendaftaran tersebut akan berlangsung di laman web tadika MOE di www.moe.gov.sg/mk.
Keputusan pendaftaran akan diberitahu pada 31 Mac 2022.
Tadika MOE tidak akan mengadakan rumah terbuka secara fizikal untuk mengurangkan risiko jangkitan memandangkan situasi Covid-19 masa ini.
Pun begitu, mereka akan mengadakan rumah terbuka secara virtual di laman web tadika MOE pada 29 Januari, 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
MOE berkata, tadika-tadikanya akan menawarkan ketiga-tiga bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu, Tamil dan Mandarin.
Menulis di Facebook, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke tadika MOE telah memberi maklum balas positif tentang pengalaman tersebut.
"Kurikulum dan program direka untuk memupuk kanak-kanak secara holistik dengan membina kecekapan sosio-emosi, kemahiran bahasa dan literasi, kebolehan numerasi dan dwibahasa mereka.
"Mempunyai asas yang kukuh ini akan membantu anak-anak kita menjadi lebih yakin dalam peralihan Darjah 1 mereka.
"(Tadika MOE) juga menganjurkan program bersama dengan sekolah rendah untuk membiasakan pelajar (tadika MOE) yang akan menghadiri sekolah baru mereka," tulis Encik Chan.
"Kurikulum dan program direka untuk memupuk kanak-kanak secara holistik dengan membina kecekapan sosio-emosi, kemahiran bahasa dan literasi, kebolehan numerasi dan dwibahasa mereka.
Mempunyai asas yang kukuh ini akan membantu anak-anak kita menjadi lebih yakin dalam peralihan Darjah 1 mereka.
(Tadika MOE) juga menganjurkan program bersama dengan sekolah rendah untuk membiasakan pelajar (tadika MOE) yang akan menghadiri sekolah baru mereka."
- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dalam satu catatan Facebook.