Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

500 peserta institut pengajian tinggi sertai cabaran alam maya

Dedahkan mereka dengan usaha jamin keselamatan SG daripada ancaman keganasan
Dec 21, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 500 peserta daripada institut pengajian tinggi tempatan menyertai satu cabaran alam maya yang mendedahkan mereka tentang usaha menjamin keselamatan Singapura daripada pelbagai ancaman keganasan.



Peserta tersebut yang dipilih untuk menyertai Cabaran Penyiasat (Investigator's Challenge) diperlukan menyelesaikan pelbagai cabaran dalam senario keganasan menerusi sebuah platform permainan video tiga demensi interaktif.



Dianjurkan Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX) peserta yang terdiri daripada pelajar maktab rendah, Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan universiti termasuk lulusan institut pengajian tinggi, melalui cabaran berkenaan bagi mendedahkan mereka kepada usaha menjamin keselamatan dan keamanan negara.



Peserta diajak melanggan masuk platform permainan tiga dimensi dengan mereka akan besaing dalam lebih 50 cabaran permainan Tangkap Bendera, atau Capture The Flag.



Dalam cabaran tersebut, mereka perlu mengendali pelbagai senario ancaman dan mengamalkan kemahiran dalam bidang Kimia, Biologi, Radiologi, Nuklear dan Letupan (CBRNE), keselamatan siber, bidang forensik, robotik, biometrik dan pengesanan profil.



Dalam permainan berkenaan, peserta perlu menyelesaikan misi untuk membongkar sebuah rancangan dalam masa yang suntuk oleh pengganas yang telah merancang melakukan keganasan untuk "membalas dendam terhadap pemerintah Singapura".



Untuk membongkar rancangan tersebut, peserta perlu menyelesaikan cabaran dalam tiga 'dunia' permainan yang mencabar kemahiran peserta dalam bidang keselamatan siber, sains maklumat, forensik data dan mengenal pasti profil.



Salah satunya ialah senario di sebuah tempat bersembunyi pengganas yang terletak di sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dengan peserta perlu menyiasat bagaimana pengganas mencipta alat letupan serta mengenal pasti identiti ahli kumpulan keganasan itu.



Permainan tersebut, menurut HTX mencerminkan usaha pakar sains dan jurutera HTX di sebalik keselamatan dan keamanan negara ini.



Cabaran secara fizikal juga telah disediakan dan disiarkan secara langsung kepada peserta untuk melihat keputusan usaha mereka dalam cabaran tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >