Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

52 masjid akan tawar korban luar negara: SalamSG

May 16, 2023 | 07:14 PM



Sebanyak 52 masjid akan menawarkan khidmat korban di luar negara sempena musim korban kali ini dengan setiap kambing berharga antara $360 dengan $380 seekor.

Ini merupakan harga tertinggi yang diletakkan sejak ibadah tersebut dilakukan secara eksklulsif di Australia sejak bermulanya pandemik Covid-19 pada 2020.

Pada 2022, harga korban adalah antara $350 dengan $370; $320 dengan $370 (2021); dan $300 dengan $330 (2020).

Menurut kenyataan SalamSG pada Selasa, kambing korban akan disembelih di Australia dan dagingnya dibekukan sebelum diterbang dan diagih kepada mereka yang memilih melaksanakan ibadah tersebut (sohibul korban) serta para penerima lain.

“Sejumlah 52 masjid di Singapura di bawah naungan SalamSG Korban akan menawarkan khidmat korban luar negara untuk Muslim yang berhasrat lakukan ibadah tahunan ini semasa Hari Raya Aidiladha 1444 Hijrah/2023.

“Kambing korban akan disembelih di Australia dan dagingnya dibekukan sebelum diterbangkan dan diagih kepada sohibul korban dan para penerima lain,” kata kenyataan itu.

Difahamkan hanya dua masjid yang terpilih untuk menjalankan ibadah itu secara langsung di sini – Masjid Petempatan Melayu Sembawang di Sembawang dan Masjid Al-Firdaus di Choa Chu Kang. Ia akan dilakukan pengendali privet.

SalamSG Korban merupakan jawatankuasa kecil di bawah Gerakan SalamSG.

Ini merupakan satu inisiatif yang disatukan masjid-masjid di sini pada 2022 dalam usaha mendorong program masjid dan menggalak masyarakat Muslim untuk menghidupkan kehidupan beragama secara dalam talian dan di masjid.

Pendaftaran korban dibuka pada Rabu 17 Mei dan akan ditutup pada Jumaat 23 Jun, bergantung kepada ketersediaan ternakan berdasarkan yang dahulu didahulukan.

“Bakal sohibul korban boleh mengunjungi mana-mana masjid yang turut serta atau berdaftar dalam talian di (www.ourmasjid.sg/korban) untuk membuat tempahan dan membayar bagi korban mereka secara digital,” tambah kenyataan itu.

Mereka yang berjaya mendaftarkan diri akan menerima daging yang dibeku dan dibungkus awal selepas hari-hari tasyrik, bermula 3 Julai.

Hari-hari tasyrik jatuh tiga hari selepas Hari Raya Aidiladha (29 Jun 2023) atau pada 11, 12 dan 13 Zulhijah. 

Menurut kenyataan itu, pengendali yang dilantik yang turut serta dalam ibadah tahun ini perlu mematuhi keperluan keselamatan makanan Agensi Makanan Singapura (SFA) bagi mengimport, menyimpan, dan mengagih produk daging.

Berkat korban 2023 akan dilanjutkan sempena Zulhijah kali ini, tambah kenyataan itu.

Ia dijangka memaparkan tempoh pengagihan yang dilanjutkan (dari awal hingga pertengahan Julai) untuk menghidupkan semangat korban dan berhubung dengan bukan sahaja penerima zakat, malah keluarga banduan serta pekerja migran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >