Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

520 kes Covid-19 baru; kelompok baru dengan 28 kes di pusat DHL di Greenwich Drive

Sep 13, 2021 | 12:24 AM



BILANGAN kes serius Covid-19 yang memerlukan bantuan oksigen di hospital telah meningkat daripada 35 kepada 54 kes dalam sehari, dengan 44 daripada mereka adalah warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Kementerian Kesihatan (MOH) juga melaporkan satu kelompok baru dengan 28 kes di DHL Supply Chain Advanced Regional Centre di 1 Greenwich Drive, tiga daripadanya ditambah pada Ahad (12 Sep).

Daripada 28 kes itu, 25 membabitkan kakitangan dan tiga daripadanya adalah kontak isi rumah yang berkaitan kelompok jangkitan itu.





Selain itu, lagi 10 kes ditambah kepada kelompok di Chinatown Complex, menjadikan jumlah keseluruhan 81 kes, kata MOH dalam laporan hariannya pada Ahad.

Lapan kes pula ditambah kepada kelompok di Hu Lee Impex, pemborong buah dan sayur yang terletak di Chin Bee Avenue di Jurong West, dengan jumlah keseluruhan menjadi 54 kes.





Terdapat juga 17 kes baru yang ditambah kepada kelompok yang dikaitkan dengan kakitangan di tujuh pusat tukaran bas di Punggol, Bishan, Toa Payoh, Tampines, Boon Lay, Clementi dan Jurong East.

Jumlah kes di pusat tukaran itu mencapai  670.





Secara keseluruhan, Singapura melaporkan sejumlah 520 kes Covid-19 baru, termasuk 454 kes dalam  masyarakat dan 63 penghuni  asrama pekerja asing. Terdapat juga tiga kes import.

Pada masa ini terdapat 780 pesakit Covid-19 di hospital, termasuk 54 kes memerlukan bantuan oksigen dan tujuh lagi berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >