Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

524 orang dikuarantin di S'pura sehingga 2 Feb

Feb 03, 2020 | 03:44 PM



 





TERDAPAT 524 orang yang diletak di bawah kuarantin sehingga semalam (2 Feb), kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, yang merupakan pengerusi bersama pasukan petugas pelbagai kementerian yang menangani penularan  Koronovirus Novel 2019 (2019-nCoV) dari Wuhan.



Daripada jumlah tersebut, 222 orang ditempatkan di kemudahan kuarantin pemerintah dan 302 pula dikuarantin di rumah, kata beliau.



“Orang di bawah kuarantin perlu tinggal di lokasi yang ditetapkan pada setiap masa semasa tempoh kuarantin itu,” kata Encik Wong di Parlimen pada Isnin (3 Feb).



“Mereka tidak boleh berinteraksi secara fizikal bersama orang lain yang tinggal di dalam premis yang sama.”



Mereka yang dikuarantinkan di rumah perlu melaporkan status kesihatan mereka sekurang-kurangnya tiga kali sehari menerusi panggilan video, dan pemeriksaan mengejut dilaksanakan demi memastikan mereka tidak keluar rumah.



Mereka yang melanggar arahan kuarantin itu boleh dikenakan denda atau dipenjarakan.



Dalam kenyataan menterinya, Encik Wong berkata usaha mengesan dan mengasingkan pesakit yang dijangkiti dan kenalan rapat mereka merupakan barisan pertahanan kedua Singapura terhadap virus itu, yang telah menjangkiti lebih 17,000 orang dan meragut 361 nyawa di tanah besar China.



Mereka yang dianggap berisiko tinggi diletakkan di bawah kuarantin sementara mereka dalam kumpulan risiko lebih rendah pula, seperti individu yang pulang dari bahagian tanah besar China yang lain, disuruh mengambil cuti tanpa hadir 14 hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >