Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5,291 flat ditawar termasuk 1,394 unit baki flat HDB ditawar semula

Aug 02, 2017 | 05:30 AM



SEBANYAK 5,291 flat ditawarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mulai semalam di bawah skim Tawaran Semula Baki Flat (ROF) yang pertama serta Bina Ikut Tempahan (BTO).



Jumlah flat itu termasuk sebanyak 3,897 BTO dalam pelancaran yang ketiga untuk tahun ini di samping 1,394 unit di bawah ROF, menurut kenyataan HDB semalam.



Ini membawa bilangan keseluruhan flat yang dilancarkan HDB untuk tahun ini kepada sebanyak 18,095 unit.



Flat BTO yang ditawarkan adalah di kawasan bandar tidak matang, Bukit Batok dan Sengkang.



Flat ROF adalah baki flat yang tidak terjual di bawah Penjualan Flat Baki (SBF) pada November tahun lalu dan pelbagai jenis flat, harga dan lokasi ditawarkan.



HDB menjelaskan bahawa sekitar 71 peratus sudah siap dibina manakala bakinya sedang dibangunkan.



"Di bawah kaedah penjualan baru ini, pembeli rumah akan dapat memilih flat mereka dengan lebih cepat dan daripada jumlah bekalan flat baki yang lebih banyak, di pelbagai lokasi dan jenis flat," ujar HDB daam kenyataannya.



Pemohon digalak memohon bagi flat BTO di bandar tidak matang kerana terdapat lebih banyak kemungkinan mendapatkannya di samping adanya lebih banyak geran.



Mereka pula yang mempunyai keperluan perumahan mendesak dan tidak begitu cerewet tentang lokasi boleh mempertimbang memohon flat ROF.



Harga jualan selepas geran bagi flat BTO di kededua kawasan itu bermula daripada $4,000 bagi flat jenis Fleksi dua bilik, dan daripada $84,000 bagi flat tiga bilik.



Harga jualan bagi flat empat bilik dan lima bilik pula adalah daripada $192,000 dan $312,000.



Flat BTO ditawarkan dalam dua projek di Bukit Batok - Sky Vista dan West Scape - sementara di Sengkang pula, flat ditawarkan bagi projek Rivervale Shores.



"Flat di Bukit Batok ini dijangka popular kerana dekat dengan Daerah Tasik Jurong dan Bandar Baru Tengah, dua kawasan pertumbuhan yang dikenal pasti pemerintah.



"Kadar permohonan akan berada antara 1.5 dengan 3.5, sejajar dengan flat BTO di Bukit Batok sebelum ini pada Februari tahun lalu," ulas Encik Eugene Lim, Ketua Pegawai Utama ERA Realty.



Flat BTO seterusnya yang akan ditawarkan adalah pada November - dengan kira-kira 4,800 flat di Geylang, Punggol, Sengkang serta Tampines, sejajar dengan penawaran flat di bawah SBF.



Maklmat lebih lanjut boleh didapatkan di laman web HDB InfoWEB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >