Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

53 daripada 65 kes Omicron yang dikesan di S'pura hingga Isnin tiba melalui VTL

Dec 23, 2021 | 07:01 PM



SEBANYAK  53 daripada 65 kes import Omicron yang dikesan di Singapura hingga Isnin (20 Dis) telah tiba melalui  Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL), kata Kementerian Kesihatan (MOH).


Daripada kes-kes itu, 41 telah dikesan melalui ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) semasa ketibaan, manakala baki 12 dikesan melalui rejim ujian Singapura yang dipertingkat.


Lebih 90 peratus kes Omicron adalah warga Singapura yang pulang ke tanah air, penduduk tetap dan penduduk jangka panjang, kata MOH ketika menjawab pertanyaan The Straits Times.


Pada Rabu, MOH mengumumkan penggantungan penjualan tiket penerbangan dan bas VTL baru selama sebulan sedang bilangan kes import mencecah paras tertinggi baru iaitu 76 kes sejak kemunculan varian Omicron.


Langkah-langkah itu, yang berkuat kuasa dari Khamis (23 Dis) hingga 20 Jan, bermakna syarikat penerbangan tidak lagi dibenarkan menjual tiket penerbangan VTL baru untuk perjalanan ke Singapura.


Penggantungan jualan juga dilaksanakan ke atas mereka yang melakukan perjalanan VTL  darat Singapura-Malaysia.


Bagaimanapun, pengunjung yang layak yang membeli tiket lebih awal masih dibenarkan melakukan perjalanan melalui skim perjalanan bebas kuarantin.


MOH berkata: "Langkah sempadan kami akan membantu memberi kami masa untuk mengkaji dan memahami varian Omicron, dan untuk mengukuhkan pertahanan kami, termasuk meningkatkan kapasiti penjagaan kesihatan kami dan memastikan lebih ramai orang divaksin dan diberi dos penggalak."


Pengunjung VTL yang tidak mematuhi rejim ujian pantas antigen tujuh hari mandatori akan menghadapi notis jangan keluar rumah dan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Penyakit Berjangkit.


MOH berkata ia sedang melakukan pengesanan kontak aktif untuk mengurangkan penularan seterusnya.


Kementerian itu juga berkata semua kontak rapat kedua-dua kes Omicron yang disyaki dan disahkan akan diletakkan di bawah kuarantin 10 hari di kemudahan khusus untuk mengurangkan penularan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >