Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5,300 pemandu kereta sewa peribadi belum lulus ujian lesen vokasional

Jun 22, 2018 | 02:30 PM



SEKITAR 5,300 pemandu kereta sewa peribadi telah menjalani latihan vokasional tetapi belum lulus ujiannya.



Ini bermakna mereka mungkin tidak boleh menawarkan khidmat sebagai pemandu kereta sewa peribadi lagi mulai bulan depan.



Ini kerana mulai 1 Julai, semua kereta sewa peribadi yang menyediakan khidmat drebar mesti meletak pelekat - yang menunjukkan bahawa mereka sudah memiliki Lesen Vokasional Pemandu Kereta Sewa Privet (PDVL) - pada cermin depan dan belakang kenderaan mereka.



Menerusi satu kenyataan hari ini (22 Jun), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata lagi 17,700 pemandu kereta sewa peribadi mungkin tidak boleh menawarkan khidmat drebar lagi mulai bulan depan kerana mereka belum daftar bagi latihan PDVL atau daftar untuk ujian kursus tersebut.



Kesemua pemandu itu telah diberi masa setahun – sehingga bulan ini – untuk menyediakan khidmat drebar bagi aplikasi seperti Grab dan Uber (yang tidak beroperasi di sini lagi).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >