Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

54% kesalahan buang sampah tingkat tinggi libat puntung rokok

Oct 21, 2022 | 05:30 AM



SEPANJANG empat tahun lalu, 54 peratus daripada kesalahan membuang sampah dari tingkat tinggi yang dikuat kuasakan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) melibatkan puntung rokok, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu di Parlimen semalam.



Encik Liang Eng Hwa (SMC Bukit Panjang) telah bertanya mengenai jumlah pesalah yang membuang puntung rokok dari tingkat tinggi.



"Daripada jumlah ini, 95 peratus ditangkap berdasarkan kamera pengawasan.



"Tindakan penguatkuasaan diambil terhadap 400 pesalah yang membuang sampah dari tingkat tinggi setiap tahun antara 2019 dengan 2021.



"Dari Januari 2022 hingga September 2022, tindakan penguatkuasaan diambil terhadap hampir 130 pesalah," kata Cik Fu.



Encik Liang turut bertanya sama ada NEA akan meneroka teknologi lain seperti ujian DNA untuk mengenal pasti pesalah.



"Ujian DNA tidak dipertimbangkan untuk penguatkuasaan sampah dari tingkat tinggi. Memadankan bukti DNA daripada puntung rokok kepada pesalah tertentu memerlukan pengumpulan maklumat DNA daripada penduduk terpilih dalam susunan atau unit bangunan yang terlibat dan menimbulkan kebimbangan privasi yang ketara. NEA akan terus mengkaji pendekatan dan teknologi lain untuk menangani isu ini," katanya.



Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang) turut bertanya jika Cik Fu boleh memberikan maklumat mengenai semakan untuk meminda undang-undang supaya liabiliti untuk kes sedemikian akan terletak kepada pemilik atau penyewa berdaftar unit tertentu di mana sampah telah dibuang.



Cik Grace Fu berkata usaha diperlukan untuk mengumpul maklumat dari penggunaan kamera, demi mengenal pasti pesalah yang membuang sampah dari tingkat tinggi.



Beliau turut menambah terdapat juga banyak kes di mana pesalah tidak dapat dikenal pasti walaupun terdapat bukti sampah dibuang dari tingkat yang tinggi dari flat tertentu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >