Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5,472 terima Penghormatan Hari Kebangsaan

Majlis Anugerah Hari Kebangsaan diadakan semalam selepas ditunda tahun lalu akibat pandemik
Apr 05, 2021 | 05:30 AM



MANTAN menteri Kabinet, Profesor S. Jayakumar yang mengundurkan diri dari politik pada 2011 tetapi terus berkhidmat kepada awam, menerima Darjah Utama Temasek (Dengan Kepujian Tinggi) atas sumbangannya kepada negara.



Beliau merupakan antara 5,472 individu yang menerima pengiktirafan Penghormatan Hari Kebangsaan dalam satu majlis Anugerah Hari Kebangsaan yang ditunda dari tahun lalu.



Semasa majlis semalam yang diadakan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central, telah dibahagikan kepada dua sesi dan dianjurkan mengikut langkah pengurusan selamat.



Seluruh dewasanya, Encik Jayakumar yang merupakan mantan menteri kanan, dan penasihat undang-undang kanan kepada menteri hal ehwal luar, telah mengabdikan dirinya untuk berkhidmat kepada Singapura.



Beliau bertugas dalam kabinet di bawah ketiga-tiga Perdana Menteri Singapura.



Ini termasuk sebagai Menteri Ehwal Dalam Negeri (1985-1994), Menteri Undang-undang (1988-2008), Menteri Ehwal Luar (1994-2004), Timbalan Perdana Menteri (2004-2009), Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara (2005-2010), dan Menteri Kanan (2009-2011).



Di dalam negeri, Profesor Jayakumar telah menyelia perubahan asas perlembagaan dan perundangan negara, termasuk Akta Mengekalkan Keharmonian Agama yang merupakan satu mercu tanda, serta pembentukan skim-skim Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Anggota Parlimen Dilantik (NMP) dan Presiden Dipilih.



Di peringkat antarabangsa, Encik Jayakumar memastikan kedaulatan undang-undang sebagai teras pendekatan Singapura terhadap hubungan luar negara.



Beliau bukan sahaja membentangkan visi yang menarik tentang bagaimana kedaulatan undang-undang dapat menjamin kepentingan serta hubungan aman Singapura dengan negara-negara lain, bahkan beliau sendiri memimpin rundingan dan pengadilan antarabangsa.



Profesor Jayakumar merupakan diplomat terulung Singapura, menjalin hubungan dengan rakan-rakan sejawat jauh dan dekat, dan pada masa yang sama, beliau merupakan ketua peguam bela dan peguam negara.



Di peringkat Asean khususnya, Profesor Jayakumar telah menjalin rangkaian rakan-rakan yang luas.



Beliau berkhidmat dalam Kumpulan Tokoh-tokoh Terkemuka bagi Piagam Asean.



Selain Encik Jayakumar, mantan pengerusi, Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, Universiti Nasional Singapura yang juga merupakan mantan Pengerusi kedua-dua ISEAS - Institut Yusof Ishak (ISEAS) dan Institut Asia Timur, Profesor Wang Gungwu juga telah diberikan Anugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang.



Sementara itu, mereka yang berjuang di barisan depan menentang Covid-19 turut diiktiraf semalam.



Ini termasuk penerima Pingat Jasa Gemilang, Cik Chan Lai Fung, Setiausaha Tetap (Penyelidikan dan Pembangunan Nasional), Setiausaha Tetap (Pejabat Dasar dan Perancangan Sains dan Teknologi Sektor Awam) serta Pengerusi Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star); dan Profesor Madya Benjamin Ong, yang membantu menubuhkan Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).



Anugerah tersebut yang bermula pada 1962, mengiktiraf individu atas sumbangan mereka kepada perkhidmatan sivil atau tentera, kerja sosial dan masyarakat, atau untuk prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >