Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5,500 pekerjaan baru dalam industri khidmat karyawan

Jan 24, 2018 | 07:14 PM



SEBANYAK 5,500 pekerjaan baru dijangka dijana dalam industri khidmat karyawan bagi golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET), setiap tahun sehingga 2020.

Ini menyusuli pelancaran Perancangan Perubahan Industri (ITM) dalam sektor khidmat karyawan semalam, yang bermatlamat melengkapi pekerja dengan kemahiran dalam bidang pertumbuhan tinggi seperti sains data, analitik dan kecerdasan buatan.

Sasaran ITM itu adalah meningkatkan khidmat karyawan sebanyak 4.6 peratus setiap tahun mulai 2015 untuk mencapai nilai tambahan $31 bilion menjelang 2020, kata Menteri Negara Kanan Undang-undang dan Kewangan, Cik Indranee Rajah.

Beliau berkata demikian semasa pembukaan rasmi ibu pejabat kumpulan perhubungan pemasaran digital dan media, Dentsu Aegis Network di Asia Pasifik hari ini, yang ditukil laporan The Straits Times.

Khidmat karyawan termasuk khidmat kejuruteraan dan rekabentuk, rundingcara, perakaunan, guaman dan pengiklanan.

Firma-firma dalam industri itu menggajikan lebih 230,000 orang pada 2016 serta menyumbang sebanyak $25 bilion, atau 6.5 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) pada tahun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >