Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

5,500 terima geran Covid-19 kali kedua

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

5,500 terima geran Covid-19 kali kedua

Jan 12, 2022 | 05:30 AM

SEHINGGA 31 Disember, sekitar seperlima daripada penerima Geran Pemulihan Semula Covid (CRG) atau kira-kira 5,500 penerima telah menerima bantuan kali kedua, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Penerima CRG yang berulang boleh menjadi antara golongan yang memerlukan bantuan lebih lanjut, menurut Encik Masagos dalam jawapan bertulisnya bagi menjawab soalan oleh Encik Dennis Tan (Hougang) semalam.

MSF juga bekerja rapat dengan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) dan Tenaga Kerja Singapura (WSG) bagi menghubungi dan menawarkan bantuan mencari pekerjaan bagi mereka yang hilang pekerjaan atau pendapatan secara berpanjangan serta menerima bantuan ketiga CRG.

Penerima CRG yang bantuannya sudah berakhir juga boleh mendekati Pertubuhan Perkhidmatan Sosial (SSO), WSG atau e2i jika mereka perlukan bantuan pekerjaan.

Dalam soalannya itu, Encik Tan turut bertanya jika pihak MSF menjejaki berapa ramai penerima CRG itu berjaya mendapatkan pekerjaan baru selepas berakhirnya penerimaan geran dan jumlah golongan tersebut.

Menjawab, Encik Masagos berkata:

"Sementara MSF tidak menjejaki penerima CRG yang mendapat pekerjaan baru di akhir penerimaan bantuan, kami menyediakan pemohon CRG yang berjaya dengan pautan laman web yang relevan kepada sumber latihan dan pencarian pekerjaan bagi menyokong usaha mereka."

CRG menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja dan golongan bekerja sendiri yang bergaji rendah hingga sederhana, yang disebabkan oleh Covid-19, telah antara lain - tidak bekerja tanpa sukarela kerana diberhentikan atau pembatalan kontrak atau dikenakan cuti tanpa gaji tanpa sukarela selama sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3