Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

5,547 isi rumah layak terima Dana Sokongan Muis Covid-19 sejak Ogos lalu: Masagos

Jul 27, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 5,547 isi rumah layak menerima Dana Sokongan Muis Covid-19 (CMSF) sejak ia dilancarkan pada Ogos tahun lalu, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Beliau, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, menambah bahawa mereka yang layak juga digalakkan memohon Bantuan Kewangan Zakat.



Encik Masagos memberi butiran itu dalam jawapan bertulisnya di Parlimen semalam bagi soalan berkenaan permohonan CMSF yang diajukan oleh Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang).



Menurut Encik Masagos, sehingga kini, sekitar 370 isi rumah yang layak masih menerima Bantuan Kewangan Zakat secara bulanan.



"Muis (Majlis Ugama Islam Singapura) juga mengarahkan penerima Bantuan Kewangan Zakat yang layak mendapat sokongan ComCare selanjutnya ke Pejabat Khidmat Sosial (SSO)," tambah beliau.



Secara keseluruhan, Muis telah memperuntuk dana berjumlah $2.22 juta bagi tujuan membantu meringankan beban kewangan mereka yang terjejas ekoran ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik Covid-19.



Berikutan sambutan yang amat menggalakkan, pada September lalu, Muis telah melanjutkan CMSF kepada 5,500 isi rumah, berbanding 4,000 isi rumah sebelum ini dan menokok tambahan sekitar $620,000 daripada jumlah $1.6 juta yang diumumkan apabila ia dilancarkan.



Muis telah menerima sekitar 7,700 permohonan bagi CMSF sejak ia diperkenal.



CMSF dibuka kepada keluarga Melayu/Islam dengan gaji per kapita (PCI) antara $400 dengan $1,000 dan keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai PCI lebih rendah.



Dalam pada itu, bantuan tersebut dibuka kepada individu bukan penerima zakat atau bantuan kewangan ComCare, dengan pertimbangan tambahan diberikan kepada mereka yang belum menerima bantuan Covid-19 yang lain.



Mereka yang layak akan menerima bantuan kewangan sekali berjumlah $400 hasil sumbangan zakat daripada masyarakat.



Selain itu, sebanyak $200,000 juga diperuntuk daripada CMSF untuk membantu asatizah dan keluarga mereka yang merangkumi golongan individu bekerja sendiri dan pekerja terjejas dek kesan ekonomi Covid-19.



Geran tambahan itu akan disalurkan kepada asatizah melalui Pakej Rahmah Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >