Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

555 daripada 802 yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 2021 tidak divaksin sepenuhnya: Ong Ye Kung

Jan 10, 2022 | 05:41 PM



SEJUMLAH 555 daripada 802 orang yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 2021 tidak divaksin sepenuhnya, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada Isnin (10 Jan) sambil menekankan bahawa kumpulan orang ini masih "paling terdedah" untuk sakit teruk apabila dijangkiti.


Walaupun golongan yang tidak divaksin membentuk sebahagian kecil penduduk, mereka menyumbang kepada 70 peratus kematian itu, katanya di Parlimen.


Encik Ong berkata baki 247 telah divaksin dengan pelbagai jenis vaksin.


Kadar kejadian kematian berbeza-beza berdasarkan status vaksinasi mereka. Terdapat 79 kematian bagi setiap 100,000 bagi mereka yang tidak divaksin sepenuhnya, 11 kematian bagi setiap 100,000 bagi mereka yang disuntik dengan Sinovac dan 7.8 bagi setiap 100,000 bagi mereka yang menerima vaksin Sinopharm.


Bagi mereka yang menerima vaksin mRNA, angka itu ialah 6.2 setiap 100,000 untuk Pfizer-BioNTech dan satu bagi setiap 100,000 untuk Moderna.


"Kadar ini hanya menunjukkan kerana ia tidak mengambil kira faktor lain yang boleh menjejaskan kematian, seperti umur dan masa vaksinasi," tambahnya.


Menjawab soalan anggota Parlimen, beliau berkata sekitar 132,000 individu berumur 18 tahun dan ke atas masih belum divaksin. Sekitar 300 orang tidak layak daripada segi perubatan.


Dalam masa beberapa bulan lalu, lebih 90 peratus daripada setiap kumpulan umur yang layak telah diberi vaksin, katanya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >