Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

56 daripada 58 tahanan duduki GCE 'O' tahun lalu layak ke peringkat posmenengah

Jan 18, 2022 | 05:30 AM



HAMPIR semua - 56 daripada 58 tahanan yang menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O' tahun lalu - layak melanjutkan pelajaran ke peringkat posmenengah.



Demikian diumumkan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, semasa lawatannya ke Institusi Tanah Merah 1 untuk bertemu pelajar banduan itu, yang menerima keputusan mereka minggu lalu.



Menurut Pekhidmatan Penjara Singapura (SPS), 80 tahanan mendaftar bagi peperiksaan itu pada awal tahun lalu, tetapi 22 tidak mendudukinya di penjara.



Daripada 58 tahanan yang menduduki peperiksaan itu, 96.6 peratus lulus sekurang-kurangnya satu subjek, bertambah daripada 94.3 peratus pada 2020.



Namun, bilangan yang lulus sekurang-kurangnya tiga dan lima atau lebih subjek berkurangan.



Menurut SPS, bilangan yang lulus sekurang-kurangnya tiga subjek ialah 62.1 peratus, berbanding 79.2 peratus pada 2020 dan 84.5 peratus tahun sebelum itu.



Bilangan lulus sekurang-kurangnya lima subjek atau lebih ialah 21.6 peratus, berbanding 40.4 peratus tahun sebelumnya.



Tahun lalu merupakan tahun kedua tahanan menduduki peperiksaan itu mengikuti kelas secara hibrid, iaitu secara bersemuka dan maya.



Menurut SPS, guru Sekolah Penjara bertugas dalam aturan pasukan berlainan dan jumlah kelas yang diadakan setiap hari tidak melebihi tiga.



Pada hari guru tidak boleh datang ke kelas, mereka mengendalikannya dalam talian.



Selain itu, semua kelas tambahan yang dikendalikan guru relawan secara bersemuka digantung, namun mereka memberi sokongan akademik menerusi pautan video.



Dr Faishal semalam berkata keputusan yang dicapai tahanan yang ingin belajar semula itu menunjukkan keinginan mereka memperbaiki diri dalam usaha pemulihan.



"Jika kita lihat bagaimana para pelajar ini telah melalui perjalanan ini, kita dapat tahu pendidikan itu bukan menawarkan mereka peluang baru sahaja, bahkan menyumbang kepada perkembangan peribadi mereka... mempunyai keberanian dan membuat keputusan menduduki peperiksaan itu supaya mereka dapat mengubah diri mereka.



"Ini lebih-lebih lagi semasa pandemik (Covid-19) ini, yang menjejas cara mereka belajar dan cara mereka menyediakan diri bagi peperiksaan tersebut," kata Dr Faishal.



Menurut seorang guru sekolah Institusi Tanah Merah 1, Cik Nor Aishah Mohamed Salleh, keputusan terkini itu tidak mencerminkan prestasi sebenar calon peperiksaan itu mahupun bagaimana Covid-19 menjejas pelajaran mereka.



Hampir separuh kelas yang diadakan dari Januari hingga November tahun lalu secara purata diadakan secara maya.



"Malah, sebenarnya setiap tahun, tahanan yang menduduki peperiksaan itu serta latar belakang mereka amat berbeza sekali, dan antara lain, pelajar kami boleh berada dalam lingkungan usia antara 16 dengan 50 tahun," kata Cik Aishah.




"Jika kita lihat bagaimana para pelajar ini telah melalui perjalanan ini, kita dapat tahu pendidikan itu bukan menawarkan mereka peluang baru sahaja, bahkan menyumbang kepada perkembangan peribadi mereka... mempunyai keberanian dan membuat keputusan menduduki peperiksaan itu supaya mereka dapat mengubah diri mereka. Ini lebih-lebih lagi semasa pandemik (Covid-19) ini, yang menjejas cara mereka belajar dan cara mereka menyediakan diri bagi peperiksaan tersebut."
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >