Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

6 AP daftar usul parlimen pertama S'pura mengenai perubahan iklim

Jan 29, 2021 | 08:23 PM



ENAM Anggota Parlimen (AP) telah memfailkan usul tentang perubahan iklim - yang pertama bagi Singapura - yang akan dibicarakan di persidangan parlimen seterusnya pada Isnin (1 Feb).


Usul anggota privet mereka, yang membolehkan semua AP mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyusuli, meminta pemerintah bekerjasama dengan sektor swasta dan warga Singapura dalam mendukung usaha mengurangkan perubahan iklim dan mendakap pembangunan mampan.


Mereka akan mengemukakan sekurang-kurangnya 10 saranan, termasuk semakan berkala untuk meningkatkan cukai karbon, menggalak penubuhan lebih banyak tempat mengecas kenderaan elektrik (EV) di tempat awam, memperluas pendidikan iklim di sekolah dan menambahkan pertahanan iklim sebagai tunggak ketujuh pertahanan mutlak.


Enam AP itu, yang menganggotai jawatankuasa parlimen pemerintah (GPC) untuk kemampanan dan sekitaran, terdiri daripada Encik Louis Ng (GRC Nee Soon), Cik Poh Li San (GRC Sembawang), Cik Cheryl Chan (GRC Pantai Timur), Cik Hany Soh (GRC Marsiling-Yew Tee), Encik Gan Thiam Poh (GRC Ang Mo Kio GRC) dan Encik Don Wee (GRC Chua Chu Kang).


GPC melakar usul itu dengan sayap muda Parti Tindakan Rakyat (PAP), yang sepanjang setahun lalu telah menganjurkan rundingan dan perbincangan kumpulan fokus dengan penyokong, wakil industri dari syarikat seperti ExxonMobil dan khidmat perkongsian kereta elektrik BlueSG, ahli akademik dan orang awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >