Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

6 dalam 10 keluarga kitar semula, tapi tidak semua laksana dengan betul: Tinjauan

Apr 30, 2019 | 05:30 AM

SEKITAR enam daripada 10 keluarga di Singapura berkata mereka mengitar semula barangan harian, menurut dua kajian baru-baru ini. Namun ramai yang keliru tentang barangan yang seharusnya dimasukkan dalam tong kitar semula berwarna biru.

Kajian itu mendapati usaha boleh dipertingkat untuk membantu warga Singapura mengenal pasti barang yang tidak seharusnya dimasukkan ke dalam tong biru kitar semula, terutama barang yang boleh mencemari keseluruhan koleksi di dalam tong tersebut.

Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah membuat tinjauan ke atas lebih 5,000 keluarga Singapura antara Jun tahun lalu dengan Februari.

Dapatan kededua tinjauan yang merangkumi pelbagai aspek pengitaran semula dalam rumah dan dijalankan secara bersemuka, didedahkan oleh kededua agensi itu dalam satu kenyataan bersama semalam.

Antara dapatan utama yang dikeluarkan termasuk 56 peratus dalam kalangan mereka yang "kerap mengitar semula" menggunakan tong biru kitar semula sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Berita Popular

Kategori paling popular barang yang dikitar semula ialah bahan kertas seperti suratkhabar, majalah, surat yang tidak diingini, brosur dan kertas tulis.

Meski barang-barang ini sesuai untuk tong kitar semula berwarna biru, mereka lebih mudah dicemari oleh makanan dan cecair.

Pakaian, kasut dan beg juga sering dikitar semula walaupun agensi itu menyatakan bahawa barang-barang ini tidak sesuai untuk diletakkan di dalam tong kitar semula berwarna biru.

Barang lain yang sering dikitar semula termasuk botol minum air plastik dan tin aluminium yang seharusnya kandungannya dibuang dan dibersihkan jika perlu.

Tinjauan MEWR terhadap sikap dan pengetahuan keluarga mengitar semula mendapati kemudahan merupakan satu daripada sebab yang menggalak warga mengitar semula secara kerap.

Ada pula yang mendapat rangsangan oleh pemerintah, keprihatinan agar tidak membazir dan merasakan bahawa usaha mengitar semula seseorang harus dipadankan dengan usaha orang lain.

Sebab paling kerap ditukil sebagai tidak mengitar semula ialah kerana "mempunyai kekurangan barang untuk dikitar semula."

Sebab lain yang diberikan responden tersebut, terlalu sibuk atau penat, atau tidak mempunyai tempat untuk mengumpul barang kitar semula di rumah mereka.

Namun ada sejumlah warga yang salah salah anggap bahawa barang yang sepatutnya dibuang atau digunakan semula sebagai barang yang boleh dikitar semula.

Barang ini termasuk barang yang mudah tercemar dan harus dibuang seperti kertas yang telah digunakan untuk membungkus makanan, tisu dan styrofoam, serta barang yang sebaliknya harus diderma seperti mainan, beg dan kasut.

* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map